Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Cendawan Enoki Butter Cara Anju

author name

Resepi ini adalah resipi yang telah tular dan ianya bukan sahaja sedap tetapi ia saja mudah untuk disediakan. Resepi ini dipopularkan oleh seorang influencer yang sering viral kan masakan yang sedap dan mudah. Cendawan enoki biasanya digunakan di dalam masakan seperti tomyam ataupun steamboat. Namun kali ini Cendawan enoki ini dimasak dengan butter dan juga serbuk cili. Baiklah berikut adalah bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 pek cendawan enoki
  • 1 tbsp unsalted pure butter 
  • Sedikit minyak masak
  • Serbuk cili flake
  • ½ kuib pati ayam
  • Air
  • Daun bawang
  • Udang (digoreng asing)

Kaedah

  • Mula-mula ceraikan cendawan enoki yang biasanya melekat sekali.
  • Selepas itu panaskan butter dan tambah sedikit minyak masak.
  • Masukkan kuib pati ayam dan sedikit air
  • Masukkan cendawan enoki dan serbuk cili.
  • Tambah air kalau perlu.
  • Sediakan untuk dihidangkan dan tambah hirisan limau dan juga udang yang telah digoreng lebih awal tadi.
  • Siap!

Untuk memberi kelainan saya menambahkan udang sebagai rencah. Ini kerana selain daripada di makan dengan nasi masakan ini juga sedap diratah begitu sahaja. Buatkan ia sedikit berkuah dengan menambah air. Jika anda suka anda boleh tambah susu tapi dikuatiri ianya menjadi masakan ini memuakkan. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.