Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Cendawan Berkrim Perancis 100% Homemade

author name

Resepi kali ini adalah resepi sup berkrim yang sangat sedap malah lebih sedap dari yang dijual direstoran. Sup cendawan berkrim ini biasanya didapati direstoran piza atau restoran yang menyajikan masakan barat. Ianya dengan mudah disediakan dengan menggunakan sup cendawan tin. Namun sebenarnya sup ini lebih mudah dan lebih sedap jika disediakan menggunakan bahan-bahan segar, berikut adalah bahan bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • Bawang besar (potong dadu)
  • Bawang putih (cincang halus)
  • ½ tin cendawan butang (cincang kasar)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 cawan krim masakan 
  • Daun pasli
  • ½ tin cendawan butang (hiris nipis) dan goreng dengan sedikit minyak zaitun

Kaedah

  • Panaskan butter bersama minyak masak
  • Mula-mula tumis bawang besar hingga layu
  • Selepas itu masukkan bawang putih dan biar ia sebati
  • Masukkan pula cendawan butang yang telah dicincang.
  • Kacau baru masukkan tepung gandum dan kacau segera.
  • Tambah air sedikit demi sedikit sambil kacau agar tepung tidak berketul-ketul.
  • Bila ia telah sebati, pecahkan kiub ayam dan terus kacau hingga ia mendidih.
  • Selepas itu pecahkan kiub ayam dan masukkan dalam periuk.
  • Terus masak hingga sebati, masukkan pula krim masakan.
  • Kacau hingga sebati barulah tambah garam sedikit bersama serbuk lada hitam dan daun pasli.
  • Sebelum hidang masukan cendawan yang telah di’saute’ tadi.
  • Makan dengan roti garlic butter atau ratah begitu sahaja.
  • Siap!

Cendawan yang digunakan dalam respei ini ialah cendawan butang dalam tin, namun sebenarnya anda juga boh menggunakan cendawan butang kering yang perlu direndam sehingga kembang sebelum digunakan, jangan lupa mencuba ya! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.