Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Cili Api Cendawan Tiram Makan Bertambah Nasi

Resepi ini merupakan salah satu resepi masakan Negeri Sembilan yang amat popular dan sedap sekali, ianya biasanya dihidangkan sebagai hidangan utama diwaktu makan tengahari. Lazimnya cendawan yang digunakan didalam resepi lemak cili api cendawan ialah cendawan busut iaitu sejenis cendawan yang tumbuh liar terdapati dikawasan perkampungan. Cendawan kukur juga biasa diguna didalam masak lemak cili api. Namun dalam perkongsian kali ini. Cendawan yang digunakan ialah cendawan tiram, dimana ia lebih mudah ditemui dan rasanya juga enak dimasak lemak cili api ini.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang digunakan didalam respi ini.

Bahan-bahan

  • 1 pek – 200 gm cendawan putih atau kelabu
  • 1 pek besar santan segar
  • ½- 1 cawan air
  • 1 asam keping kecil
  • Segenggam ikan bilis
  • 1-2 batang serai (tumbuk pecah)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Segenggam cili padi
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kunyit hidup – saiz kecil
  • Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan serai dan tambah air dan biarkan mereneh sebentar.
  • Masukkan cendawan, ikan bilis, asam keping dan setengah dari peket santan.
  • Kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan baki santan tadi dan tambah air jika terlalu pekat.
  • Kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Tutup api apabila semua bahan telah sebati.
  • Siap!

Masakan Negeri Sembilan ini terkenal dengan rasa pedasnya, jika tidak cukup pedas seolah olah kuranglah keasliannya. Namun begitu zaman telah berubah, kini masakan lemak cili api menjadi kegemaran ramai dan anda boleh mengubah sukatan atau kandungan cili atau gunakan cili jenis tidak pedas jika tidak tahan pedas. Apapun diharap anda kan mencuba resepi mudah ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *