Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Tembikai Nampak Susah Tapi Guna 2 Bahan Sahaja

Resepi kali ini menggunakan dua bahan sahaja untuk menghasilkan apam tembikai. Apam tembikai merupakan salah satu Apam yang popular kerana rupa yang cantik dan rasanya yang sedap. Lazimnya ia diisi dengan inti seperti inti blueberri ataupun strawberi. Bahan untuk menyediakan apam ini secara asasnya hanyalah menggunakan dua bahan sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan.

Bahan-bahan

  • 250g vanila sponge mix
  • 3 biji telur
  • Blueberry filing
  • Bijan hitam
  • Pewarna merah dan hijau
  • Acuan puteri ayu

Kaedah

  • Mula-mula pukul sponge mix bersama telur hingga gebu dan adunannya berlipat-lipat.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian
  • 3 bahagian warna merah
  • 2 bahagian warna hijau
  • 1 bahagian warna asal
  • Dalam acuan yang digris dengan minyak taburkan bijan hitam.
  • Mula-mula letakkan warna merah dalam acuan.
  • Kemudian tambah blueberi filling.
  • Selepas itu sedikit warna asal adunan (putih)
  • Akhir sekali warna hijau.
  • Apabila semua acuan telah diisi dengan adunan, kukus adunan 15 minyak sahaja.
  • Keluarkan bila ia telah sejuk.
  • Siap! 

Saya menggunakan acuan puteri ayu tetapi anda boleh juga menggunakan sebarang acuan yang anda rasakan sesuai. Apam ini sesuai dihidangkan ketika majlis keraian kerana ia boleh buat lebih awal sebelum dihidangkan. Malah jika anda ingin terima tempahan anda juga boleh bekukkan ia dahulu dan kukus sebentar sebelum anda letak didalam kotak. Selamat mencuba 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.