Resepi Ikan Trout Pan Shead Tinggi Omega3
Resipi ikan biasanya disediakan dalam masakan Melayu yang biasa kita jumpa adalah seperti asam pedas ataupun masak lemak cili api-api. Tetapi dalam resipi ikan kali ini saya gunakan cara berbeza sedikit dan ikannya juga adalah ikan trout yang mengandungi lebih banyak omega 3 yang baik untuk otak dan juga anti oksidan malah cara penyediaan sedikit berbeza dan baiklah jika anda ingin cuba sendiri hidangan mewah di rumah anda, berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Ikan trout 1 keping
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Minyak zaitun ( tapi saya guna minyak masak)
- Salad dan tomato sebagai hiasan
- Seekor hirisan lemon.
Kaedah
- Bersihkan ikan dan keringkan dengan menggunakan tisu dapur.
- Taburkan garam dan lada hitam mengikut kesesuaian.
- Dalam kuali leper kita letak minyak tetapi jangan banyak sangat.
- Bila kuali dah panas letakkan ikan dibahagian kulit dulu.
- Masak hingga bahagian kulit tidak melekat lagi.
- Terbalikkan dan masak hingga bahagian bawah masak.
- Jangan masak lama untuk elak ia kering.
- Bila ikan dah masak bolehlah hias dengan hirisan lemon dan juga sayur salad bersama tomato.
- Siap!
Hidangan ini juga sedap dimakan bersama sayur asparagus dan juga sos lemon tetapi bila berdiet saya lebih suka makan tanpa sos, apapun ini adalah pilihan anda untuk mencari jalan untuk menikmati makanan yang tinggi khasiat dan sedap. Jadi sekali sekala elok juga kita menukar selera kerana kalau hendak makan diluar masakan begini sangat mahal, buat sendiri barulah berbaloi kan? Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.