Resepi Kari Ketam (Ringkas Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dihidangkan diwaktu makan utama seperti makan tengahari atau makan malam. Kari ketam adalah antara hidangan popular masakan berasaskan makanan laut. Dimasak menggunakan serbuk kari ikan, masakan ini amat ringkas, bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Kari Ketam (Ringkas Dan Sedap)

Bahan-Bahan

  • Ketam saiz sederhana (5 ekor)
  • 1 kotak santan
  • Bawang Merah dihiris
  • Bawang Putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Serbuk kari Ikan
  • Sedikit cili giling
  • Asam keping
  • Daun kari
  • Tomato
  • Bendi
  • Garam dan Gula (secukup rasa)
  • Minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Bersihkan ketam dan potong dua jika anda suka. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan juga masukkan cili giling. 
  • Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ketam, asam keping, sedikit air dan santan. Kacau sekejap, tutup dan tunggu sampai mendidih.
  • Apabila ketam mulai masak, masukkan tomato, bendi, garam dan gula. 
  • Tambah air jika perlu.
  • Siap.

Resepi cukup untuk 4 orang, anda boleh anggar sendiri mengikut jumlah tetamu anda. Masakan ini amat sedap, terutama bagi pengemar ketam, ia antara pilihan ramai untuk menikmati ketam. Oleh itu diharap anda yang mengemari makanan laut, cubalah resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kari Udang Terung

Resepi Kari Sotong

Resepi Kari Ayam Kentang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *