Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Butter Telur Asin (Creamy dan Crunchy)

author name

📄

Tetiba teringin makan ketam butter telur masin. Lauk yang menyelerakan ini makin popular akhir-akhir ini. Jika ingin menyantap makanan ini, kena rela poket kering sebab harganya agak mahal.

Ramai yang mengganggap cara penyediaan ketam butter telur masin adalah sukar. Padahal tidak. Rozaidi Rozali di laman Facebook berkongsikan resepi ketam butter telur masin yang mudah dan ringkas. Perkongsian tersebut kami tuliskan di bawah ini.

Menggunakan 4 ekor ketam yang digoreng terlebih dulu. Kemudian ketam ditumis dengan butter, bawang, susu dan telur masin kuningnya sahaja. Rasa hidangan ini enak berlemak masin yang bikin ketagih. Sedap dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih.

Resepi Ketam Butter Telur Asin

ketam buter telur asin
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur asin direbus, diambil kuningnya sahaja dan lenyekkan.
  • Ketam digoreng dengan tepung jagung yang dibancuh dan ketepikan.
  • Cili api (10 biji) didadu,
  • Bawang putih 4 ulas didadu,
  • Bawang besar 1 biji didadu,
  • Daun kari 3 tangkai,
  • Susu cair ikut suka kalau ingin kuah banyak bubuh banyak,
  • Butter.

Cara-cara :

  1. Tumis butter 3 sudu tambahkan sedikit minyak.
  2. Masukkan daun kari dan bawang putih.
  3. Jika sudah kuning, masukkan bawang besar.
  4. Kemudian masukkan telur asin tadi (tidak perlu letak garam sebab butter sudah masin).
  5. Tunggu sampai berbuih tinggi baru boleh masukkan ketam dan gaul.
  6. Kemudian masukkan susu cair.
  7. Tutup api. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ketam butter telur asin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *