kerepek-jejari-ketam

Resepi Kerepek Jejeri Ketam (Resepi Kudap Kudapan!)

Kali ini kita akan bawakan resepi kudap-kudapan untuk anda semua. Pasti anda hendak makan kudap-kudap tidak kira siang atau malam bukan tetapi sudah bosan dengan kudap-kudapan yang biasa anda makan.

Sebab itulah kami bawakan resepi kerepek jejari ketam ini khas untuk anda semua. Resepi ini amat mudah untuk diikuti dan hasilnya mestilah sedap!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim dan mendapat banyak likes di media sosial. Mari kita cuba resepi kerepek jejari ketam ini!

Resepi Kerepek Jejeri Ketam

kerepek-jejari-ketam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sepaket/sebungkus jejari ketam/crab stick
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara – cara memasak:

  1. Leraikan jejari ketam. Gunting halus/nipis.
  2. Biarkan sahaja dulu, bagi kering sikit.
  3. Masukkan tepung jagung & serbuk kari. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, & boleh goreng jejari ketam tadi.
  5. Goreng hingga garing. Masukkan daun kari masa goreng tu. Kalau tak letak daun kari pun boleh sahaja.

Sepaket tu dapat 1 balang tu sahaja,

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *