Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Korea Yang Senang Sedap Berbaloi Try

Korea merupakan sebuah negara yang terletak di Semenanjung Korea di Asia Timur, Ianya dikelilingi oleh China,Rusia dan Jepun. Negara Korea terbahagi kepada dua bahagian iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Meskipun telah melalui pelbagai peristiwa yang bersejarah dan juga pelbagai tragedi sehingga terjadai perpecahan antara Korea Utara dan Selatan, negara ini telah bangkit menjadi antara negara yang membangun dengan pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Bermula dengan muzik dan filem K-pop yang telah menjadi kegilaan ramai diseluruh pelusuk dunia, hal ini juga menyebabkan negara Korea diminati ramai. Justeru budaya dan masakan Korea mulai digemai ramai terutamanya makanan viral yang diinpirasi dari masakan Korea ini. Malaysia tidak terkecuali kerana selain dari lambakan filem, lagu dan video muzik makanan Korea juga amat mudah ditemui kini dinegara kita ini.

Dalam perkongsian kali ini kami akan bawakan kepada anda 10 resepi masakan Korea yang berjaya kami kumpulkan yang boleh anda cuba sendiri dirumah. Jom lihat!

1) Resepi Maggi Goreng Korea

Resepi maggi ini diolah menggunakan maggi kari Malaysia ini agar menyerupai samyang ramen yang sangat terkenal dengan kepedasannya. Bahan yang digunakan amat mudah dan ditemui dan ia juga jauh lebih murah. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang putih
  • Sosej/ isi ayam 
  • 1 sudu teh bijan hitam/putih sangai (pilihan)
  • 1 -2 besar sos Korea adabi

Kaedah

  • Mula-mula rebus maggi dan tos airnya
  • Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
  • Segera masukkan isi ayam atau sosej
  • Tambah sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Masukkan sos Korea dan rencah maggi kari.
  • Kacau sebati.
  • Kemudian baru tambahkan maggi mee.
  • Kacau segera, tutup api dan sediakan untuk dihidangkan.
  • Taburkan biji bijan sebagai hiasan diatas maggi.
  • Siap!

2) Resepi Roti Cream Cheese Garlic

Resepi roti ini dibawa dari Korea selepas ianya menjadi viral, ia adalah roti yang dicelup dengan telur selepas diisi dengan inti cream chese yang sedap. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 100g gula pasir
  • 11 g yis
  • 20g susu tepung
  • Garam 2 sudu teh
  • 1 sudu teh bread improver (pilihan)
  • 1 sudu teh bread softner (pilihan)
  • 2 biji telur (apa-apa gred)

Bahan B

  • 100g butter/marjerin
  • 440 ml air 

Kaedah 

  • Mula-mula campurkan semua bahan A.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Selepas itu dengan menggunakan pemukul ‘hook’ hidupkan mesin pengadun, dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  • Perlahan lahan tuangkan air ke dalam adunan itu sehingga doh menjadi bulat.
  • Kemudian masukkan pula majerin/mentega  ke dalam adunan tersebut. 
  • Teruskan menguli sehingga adunan menjadi elastik.
  • Keluarkan doh dan uli sedikit.
  • Masukkan semula kedalam mangkuk adunan dan biarkan doh berehat sehingga menjadi besar sekali ganda saiznya. Biasanya masa diperlukan ialah 60 minit.
  • Kemudian keluarkan doh dan bahagikan ia menjadi doh kecil. 
  • Beratnya ialah dalam 300g setiap satu.
  • Susun didalam loyang yg telah digris dengan minyak saiz 8”.
  • Biarkan doh berehat lagi 30 min.
  • Kemudian sapukan dengan bancuhan telur dan sedikit air.
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.
  • Keluarkan roti dari loyang sejurus ia masak dan sapukan dengan mentega agar ia berkilat.
  • Sejukkan dan ketepikan.

Inti Cream Cheese

  • 200 g cream cheese
  • 30 g gula
  • 50 g krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese sehingga kembut sepenuhnya.
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan krim putar
  • Ketepikan

Sos bawang putih (garlic sauce)

  • 150 g butter cair
  • 1 sudu besar bawang putih cincang 
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar susu manis 
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu teh garam
  • Daun parsli cincang (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan.
  • Ketepikan

Kaedah penyediaan roti cream cheese garlic

  • Ambil roti yang telah siap dibakar. 
  • Kemudian potong belah roti tersebut kepada lapan bahagian. 
  • Masukkan inti cream cheese kedalam beg piping dan paipkan dicelah belahan roti tadi
  • Selepas itu celupkan roti tersebut ke dalam bancuhan sos bawang putih.
  • Pastikan sempurna celupan agar tiada kawasan roti yang tidak dicelup.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidang.
  • Siap!

3) Resepi Korean Chicken Wing

Resepi berikut merupakan ‘finger food’ yang amat digemari, peneydiaannya juga amat mudah kerana bahan-bahan yang dugunakan amat ringkas. Berikut adalah bhan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putin dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  • Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan

Bahan-bahan sos korea

  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
  • 2 sudu sos korea
  • 1 1/2 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang 
  • 1 1/2 sudu madu
  • Garam secukup rasa
  • Tumis bawang putih sampai garing dan masukkan pes cili.
  • Apabila ia telah naik minyak, masukkan sos.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan cuka,gula perang, madu dan sedikit garam.
  • Tunggu sejuk sebentar baru masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  • Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.
  • Siap!

4) Resepi Dalgona Coffee

Resepi Dalgona coffee ini telah dikongsikan oleh Che Enon Aiskrim di Facebook ia merupakan satu lagi kegilaan ramai selepas ia menjadi viral. Ia adalah kopi segera yang dipukul bersama sedikit gula dan juga air panas. Rupanya yang gebu akan berubah apabila ditambah kedalam susu dan air batu. Ia menjadi minuman yang sangat sedap terutama dikalangan peminat kopi dan anda haruslah mencubanya menggunakan bahan-bahan seprti berikut.

Bahan – bahan:

  • 1 sudu besar nescafe gold
  • 2 sudu besar gula perang
  • 3 sudu besar air panas

Cara – cara penyediaan:

  1. Kacaukan kesemua bahan diatas menggunakan garfu sehingga pekat dan gebu.
  2. Sediakan gelas yang berisi susu segar dan air, tetapi tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan krim kopi yang telah disediakan.
  3. Masukkan krim kopi dan siap!

5) Resepi Souffle Pancake

Resepi seterusnya ini amat popular kerana ia menggunakan teknik yang sedikit berbeza menjadikan pancake gebu dan sedap untuk dijamu, terutama bila dijamu bersama mentega dan madu. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 2 biji kuning telur
  • 40 gram superfine flour
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 25 gram fresh milk full cream
  • Campur atau satukan semua bahan-bahan A.

Bahan-bahan

B

  • 2 biji putih telur
  • 25 gram gula castor
  • 1 sudu kecil jus lemon (atau cuka)

Kaedah

  • Putar putih telor, jus lemon dan gula castor sampai jadi kental.
  • Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A itu tadi.
  • Masak di atas non stick pan.
  • Jangan lupa untuk letakkan butter di atas non stick pan anda sebelum dimasak.
  • Ulang sehingga habis semua adunan.
  • Siap.

6) Resepi Korean Calamari

Resepi berikut adalah cara menyediakan sotong menggunakan sos Korea, ia adalah anatra makanan pembuka selera yang amat mudah disediakan dan sangat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sotong saiz besar yang dipotong bulat 
  • (basuh bersih toskan dan gaul dgn tepung pedas bestari)

Sos

  • 2 ulas bawang putih cincang halus
  • 2senduk lada kisar
  • 2senduk sos cili Korea
  • 3 sudu besar madu lemon
  • Serbuk lada hitam
  • Perisa pati ayam
  • Bijan disangai

Kaedah 

  • Goreng sotong sehingga garing, ketepikan.
  • Tumis bawang putih hingga wangi
  • Kemudian masuk lada kisar, goreng sehingga cili garing.
  • Kemudian gaul sebati masuk madu, lada hitam, gaul hingga agak pekat sedikit.
  • Masukkan sotong yg telah digoreng awal tadi.
  • Gaul sekejap dan tutup api.
  • Tabur bijan 
  • Siap!

7) Resepi Ayam Goreng Korea Adabi

Resepi seterusnya merupakan sejenis masakan Korea berasaskan ayam yang amat digemari. Walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan masakan dari Korea, namun begitu ia juhga mudah ditemui dinegara kita ini seperti sos korea Adabi yang amat popular dan boleh didapati dipasaraya terkenal, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 800g Ayam (potong kecil)
  • Tepung Goreng Serbaguna
  • Sos korea Adabi
  • Sos cili
  • Kicap cair
  • Serbuk cili paprika
  • Chili flakes
  • Madu
  • 4 ulas bawang putih (cincang lumat)
  • Bijan Putih 
  • Daun bawang (hiris)
  • Minyak Masak

Kaedah

  • Bersihkan isi ayam dan hiris tebal 
  • Cucuk hirisan ayam dengan garpu supaya boleh dimasak dengan rata.
  • Perap sebentar dengan tepung goreng segera
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul.
  • Salutkan satu lapisan telur yang nipis pada hirisan ayam.
  • Seterusnya, salutkan dengan tepung segera sekali lagi sebagai lapisan kedua.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak. 
  • Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
  • Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 – 15 minit atau sehingga masak.
  • Alihkan ayam dan kurangkan minyak dalam kuali.
  • Tumis semua bahan sos.
  • Biarkan pekat dan gaul dengan ayam
  • Tabur bijan dan hirisan daun bawang
  • Siap!

8) Resepi Korea Daging Bulgogi

Resepi berikut merupakan sejenis masakan berasaskan daging yang sangat biasa didapati direstoran masakan Korea. Rasanya amat sedap dan sebenarnya cara menyediakan ia juga tidaklah sukar, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500g daging lembut dihiris halus
  • 1/3 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar, hiris 
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Bijan putih
  • 1 biji buah pear (sagat halus)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan 
  • Perapkan di peti ais selama 1-2 jam.
  • Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
  • Sebelum angkat, masukkan hirisan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.
  • Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.
  • Siap!

9) Resepi Korean Chicken Feet

Resepi seterusnya ini amat sesuai dijadikan hidangan snek atau pembuka selera terutama dikalangan peminat kaki ayam. Masakan ini menggunakan beberapa bahan yang boleh anda dicari disupermarket yang menjual bahan-bahan masakan Korea. Berikut adalah bahan-bahanh yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500gm isi kaki ayam
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Rebus isi kaki ayam sehingga empuk dan toskan hingga betul-betul kering.

Bahan-bahan sos :

A

  • Sedikit minyak bijan
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos Korea Adabi
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Bijan putih

B

  • Segenggam daun bawang
  • Bijan putih

Kaedah

  • Goreng kaki ayam menggunakan tepung goreng ayam.
  • Toskan dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih berserta semua bahan sos dan bahan-bahan lain. 
  • Kacau agar sebati.
  • Kemudian masukkan isi kaki ayam.
  • Taburkan bijan putih 1 sudu besar.
  • Kacau lagi dan tutup api bila telah sebati.
  • Keluarkan dan hias dengan bijan putih dan hirisan daun bawang.
  • Siap!

10) Resepi Japchae Korean Glass Noodle

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini merupakan antara masakan berasaskan glass noodle iaitu suhun. Namun begitu suhun yang digunakan didalam resepi ini ialah suhun khas dari Korea, ianya boleh ditemui disupermarket yang menjual bahan masakan Korea. Masakan ini sedap dan mengenyakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 gram suhun Korean ( atau suhun biasa)
  • 3 – 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 ikat cili hijau benggala (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji lobak merah (dipotong halus dan panjang)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 80 gram cendawan shitake (hiris)
  • 1 batang chinese leek (hiris memanjang)
  • Sebiji telur ( goreng dadar nipis dan gulung serta potong)

Bahan lain

  • Minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Bijan (panggang sebentar)
  • 2 sudu gula

Kaedah

  • Rebus suhun Korea sehingga lembut dan alirkan dibawah air paip agar suhun tidak melekat-lekat. 
  • Goreng lobak merah dan kemudian alihkan.
  • Goreng cili hijau benggala dan kemudian alihkan.
  • Goreng cendawan shitake dan kemudian alihkan.
  • Goreng chinese leek dan kemudian alihkan
  • Akhir sekali goreng cendawan shitake dan alihkan.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan didalam satu bekas.
  • Kemudian gaul ia dengan suhun .
  • Apabila telah sebati, masukkan sayur -sayuran yang telah digoreng.
  • Rasa, jika kurang masin boleh tambah lagi kicap cair.
  • Akhir sekali tambahkan telur dadar.
  • Jika suhun kurang kembang, boleh masak lagi dalam kuali.
  • Tetapi awas kerana suhun cepat masak jadi jangan masak terlalu lama.
  • Siap untuk dihidang!

Itulah 10 resepi masakan Korea yang boleh anda cuba sendiri, masakan ini sebenarnya amat sesuai dengan selera orang kita kerana ia mempunyai rasa pedas, manis dan masam. Walaupun kebanyakkan masakan mereka menggunakan bawang putih dan juga soya ia tidaklah sukar untuk dicari kerana sememangnya ia sama dengan citarasa orang Asia seperti kita di Malaysia ini. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!