Koleksi 10 Resepi Thailand Paling Popular Di Malaysia Kena Try

sotong-ala-thai

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda koleksi resepi masakan Thailand yang popular di negara kita. Seperti yang kita tahu Thailand terletak di sebelah utara negara. Jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak resepi daripada negara gajah putih tersebut mempengaruhi selera orang kita. Tambahan pula ianya sememangnya amat sedap dan bahan-bahan digunakan amat mudah ditemui dinegara kita.

Jom kita lihat 10 resepi yang telah kami kumpulkan didalam koleksi kali ini. Resepi-resepi berikut merupakan antara resepi paling popular dan digemari orang kita.

1)Resepi Colek Buah Thai

Resepi ini telah dikongsikan oleh SH Nur Fatin Aina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan bahan untuk dicelup dengan buah pilihan. Kebiasaannya buah yang digunakan ialah buah tempatan seperti jambu batu,mangga, jambu air,kedondong dan banyak lagi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Lima belas tangkai lada kering (kalau suka pedas lebihkan, dan sebaliknya )
  • Tiga inci belacan
  • Satu cawan udang kering
  • Dua cawan gula pasir

Cara – cara penyediaan:

  • Sangai kesemua bahan diatas kecuali gula pasir diatas dapur sehingga garing.
  • Apabila sudah garing, biarkan sehingga betul – betul sejuk.
  • Selepas sudah sejuk, masukkan bahan yang telah disangai kedalam pengisar kering.
  • Masukkan gula pasir.
  • Kisar sehingga sebati.
  • Akhir sekali, letakkan kedalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

2)Resepi Somtam Thai

Somtam merupakan sejenis salad yang biasa didapati dinegara Thailand. Ia diperbuat daripada buah betik muda yang disagat kemudian dicampur dengan beberapa bahan. Resepi ini dikongsikan oleh Mashitah Salae dan mendapat banyak shares serta komen positif di media sosial. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Betik muda (disagat)
  • 1 biji bawang putih.
  • 2 biji cili
  • 1 ikat kacang pnjang
  • 1 biji tomato besar
  • 2 sudu mkn udang baring
  • 1 genggam kacang tanah goreng tanpa minyak.
  • 3 senduk kecik sos ikan/nampla
  • 3 senduk kecik air limau nipis
  • 3 sudu mkn nisan somtam/gula kabung
  • Lobak disagat sedikit untuk tambah warna

Cara – cara memasak:

  • Tumbukkan bawang putih biar hancur.
  • Masukkan cili dan tumbuk hancur.
  • Masukkan kacang panjang ditumbuk manja.
  • Masukkan tomato, kacang tanah, sos nampla/sos ikan, air limau nipis, nisan somtam/gula kabung, udang baring dan gaul sebati.
  • Biar gula betul – betul hancur.
  • Masukkan betik dan lobak. Tumbuk manja sambil gaul.
  • Perasakan, siap.

3)Resepi Sotong Sambal Nampla

sambal-sotong-nampla
image via Facebook

Nampla merupakan sejenis bahan yang digunakan sebagai penambah perisa. Ia diperbuat daripada ikan yang dijerukkan kemudian di ambil airnya sahaja bahan ini banyak digunakan dalam masakan di negeri Thailand. Resepi ini dikongsikan oleh Yuss Aisya dan mendapat banyak likes di media sosial. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Bawang putih ketuk
  • Serai ketuk
  • Nampla (fish sauce)
  • Cili kering kisar
  • Gula
  • Jus limau nipis
  • Semua kuantiti agak – agak sahaja

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan bawang putih dan serai.
  • Tumiskan cili kisar.
  • Tunggu garing dan masukkan nampla dan gula.
  • Perahkan limau nipis.
  • Masukkan sotong dan besarkan api.
  • Gorengkan selama dua minit.
  • Siap!

4) Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

ketam-masak-pedas-ala-thai
image via Facebook

Satu lagi rasa Recipe popular yang diambil daripada negara Thailand ini iaitu ketam masak pedas ala Thai.Resepi ini telah dikongsikan oleh Mahfuzah Amin yang telah mendapat 1.7 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ketam
  • 1 Batang Serai (dikisar bersama bawang)
  • 10 Keping Daun Limau Purut
  • Daun Ketumbar
  • Cili api
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Asam Keping
  • 2 Sudu Serbuk Kari
  • 3 Sudu Cili Giling
  • 2 Sudu Cili Thai
  • Gula & Garam sedikit

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan ketam.
  • Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian pes cili Thai.
  • Dah pecah minyak, masukkan air rebusan ketam mengikut kepada anda sendiri.
  • Masukkan asam keping, gula dan garam.
  • Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
  • Apabila sudah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati

5)Resepi Sotong Masak Ala Thai

sotong-ala-thai
image via Facebook

Seterusnya Sotong masak ala Thai ini digemari oleh orang kita mempunyai rasa yang tampak sama. Resepi ini dikongsikan oleh Liz OmMar dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

Cara – cara memasak:

  • Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  • Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
  • Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  • Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  • Sedia untuk dinikmati.

6) Resepi Mee Celup

Resepi Mee Celup
image via Facebook

Seterusnya ialah resipi berasaskan mee,masakan ini biasanya ditemui di negeri pantai timur kerana ianya bersempadan dengan negara Thailand jadi tidak hairanlah resipi ini dengan mudahnya menjadi kegemaran ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat banyak likes di media sosial. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3 bungkus sup bunjut
  • 5 batang serai
  • 5cm halia
  • 5cm lengkuas
  • Kicap adabi
  • 1/2kg daging (basuh bersih dan tidak perlu potong)

Cara – cara memasak:

Kuah:

  • Masukkan 2 air jug besar ke dalam periuk dan rebus bahan-bahan di atas sehingga menggelegak.
  • Jika ada tulang lembu atau kaki ayam boleh rebus sekali.
  • Jika suka perut lembu,, boleh letak sekali tetapi rebus secara berasingan.
  • Sambal lada:
  • Kisar cili padi dengan cuka.

7)Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

daging-masak-merah-ala-thai
image via Facebook

Masakan berikut amat popular di gerai-gerai masakan Tomyam. Ia diperbuat daripada daging yang dimasak bersama bahan-bahan tertentu.Resepi ini telah dikongsikan oleh Farahziana Jarahim dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan daging dahulu.
  • Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
  • Ketukkan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
  • Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
  • Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  • Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
  • Letakkan perasa, garam dan gula.
  • Letakkan lada besar dan bawang besar.
  • Kacau sebentar dan siap!

8)Resepi Daging Bakar Thai

daging-bakar-thai
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Hilmi Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya telah menjadi tular kerana ia mempunyai rasa yang sangat sedap dan ia juga adalah makanan yang sihat kerana daging ini dibakar terlebih dahulu. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Daging:

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak

Pencicah:

  • Bawang putih (bakar dulu)
  • Cili merah
  • Cili thai
  • Daun ketumbar
  • Sos nampla (sos ikan)
  • Air limau nipis

Cara – cara memasak:

Daging bakar:

  • Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam.
  • Lepas tu bakar ikut tahap garing yang anda suka.
  • Tips: Jangan bakar lama sangat untuk maintain kelembapan daging tu. Baru sedap. Saya bakar atas hot plat / gridle pan.

Pencicah:

  • Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
  • Cincang halus daun ketumbar.
  • Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis

9) Resepi Ayam Pad Kapraow

ayam-pad-kapraow
image via Facebook

Ini adalah antara koleksi masakan Thai yang popular dan mudah ditemui terutama di gerai yang menjual masakan Thai. Namun sebenarnya ia amat mudah disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Linawati Latip dan mendapat likes yang banyak! Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan A (dihiris):

  • 4 ulas bawang putih ketuk dan cincang 
  • 1 labu bawang besar potong  wedges   
  • 7-8 biji cili padi merah dan hijau dipotong halus  

Bahan B:

  • 2 biji cili besar merah dipotong kasar
  • Sos tiram
  • Sos ikan 
  • Garam dan gula
  • 1 ikat daun selasih @ thai sweet basil 

Cara – cara memasak:

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan A.
  • Setelah wangi masukkan isi ayam dan masak sampai isi ayam tadi empuk. 
  • Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, gula dan garam. 
  • Boleh tambah sedikit air kalau suka ayam lembab sikit. Masak lagi. Kemudian masukkan cili besar dan daun selasih. 
  • Gaul rata2. Bolehlah dihidang dgn nasi dan tom yum campur.

10) Resepi Ayam Mangga Ala Thai

image via Facebook

Satu lagi resipi yang popular dan menjadi tular sejak kebelakangan ini. Resipi ayam mangga ini adalah ayam yang digoreng kemudian dimakan bersama bahan-bahan seperti salad mangga ini sihat dan amat sedap.Resepi ini dikongsikan oleh Wanis Roslan di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan Ayam Celup Tepung:

  • Isi Ayam (potong dadu)
  • Tepung Bestari
  • Telur 1 biji
  • Serbuk lada putih /garam

Bahan Sos:

  • Madu
  • Sos pencicah
  • Sos tomato
  • Garam
  • Sedikit air masak

Bahan Hiasan:

  • Mangga muda
  • Cili padi
  • Bawang merah kecil
  • Daun sup/ketumbar

Cara penyediaannya:

Ayam Celup Tepung:

  • Gaulkan isi ayam dengan lada sulah dan garam. Biarkan seketika.
  • Pecahkan telur dan gaulkan isi ayam bersama.
  • Akhir sekali celup isi ayam tu dengan tepung bestari. Kemudian, goreng dalam minyak menggunakan api sederhana.

Sos:

  • Tuangkan semua sos dlm kuali.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  • Apabila sudah mendidih masukkan sedikit air dan garam.
  • Sukatan agak-agak mengikut banyak mana ayam.

Hiasan:

  • Sagat mangga muda.
  • Potong cili padi dan mayang bawang merah. Kemudian, gaulkan bersama dan masukkan ke dalam sos tadi.
  • Akhir sekali, tuangkan sos masam manis ke atas ayam celup tepung yg sudah siap goreng.

Itulah dia 10 resipi masakan Thailand yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Kini tidak perlulah anda pergi ke gerai ataupun restoran untuk menjamu masakan Thailand ini. Sebaliknya sediakan sendiri di rumah, anda bukan saja boleh berjimat tetapi tentu yang lebih sedap kerana ia adalah air tangan anda. Selamat mencuba!

Give a Comment