Resepi Ayam Goreng Perap Buttermilk Rasa Sedap Macam Ayam McD

Resepi kali ini merupakan resepi berasaskan ayam yang pasti digemari terutama oleh kanak-kanak. Bagaimana pun dalam perkongsian kali ini bahan yang lain dari biasa yang digunakan didalam resepi ini ialah buttermilk. Buttermilk memberi rasa yang sedikit lain namun sangat sedap ia diperap bersama ayam dan beberapa bahan rempah sebelum digaul dengan tepung dan digoreng.satu lagi tujuannya agar ayam lebih berjus dan lembut dibahagian dalam tetapi rangup dibahagian luar. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam potong 8
  • 1 cawan buttermilk atau 1 cawan susu tambah 1tbsp cuka
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar garlic powder
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Minyak yang cukup untuk deepfry.
  • Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam.
  • Campur semua bahan-bahan dalam plastic bag.
  • Masukkan ayam sedikit demi sedikit dlm plastic bag tepung dan goncang untuk salut. 
  • Tujuan supaya bahagian dapat disalut sempurna.
  • Ulang untuk semua potongan ayam. 
  • Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min) 
  • Sementara itu panaskan minyak.
  • Pastikan minyak betul2 panas dan gorengkan ayam hingga perang menggunakan minyak sederhana panas.

Ayam ini menggunakan teknik sama yang digunakan untuk menghasilkan ayam KFC cuma bahan-bahannya diolah sedikit kerana kebanyakan ia mudah ditemui dinegara kita ini. Apapun anda bolehlah mencuba sendiri resepi ini dan rasaikan kelainannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.