Resepi Ayam Goreng Lemon ( Masakan Cina)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan Cina. Ianya sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan utama. Ayam goreng lemon ini adalah antara idea masakan fusion yang mengabungkan bahan dari Asia dan Barat.

Masakan ini sangat mudah kerana menggunakan isi ayam dan sosnya diperbuat dari jus lemon. Masakan ini sangat sesuai dihidang ketika masih panas untuk menikmati keharuman buah lemon. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi ayam goreng lemon yang amat mudah ini untuk anda cuba.

Resepi Ayam Goreng Lemon ( Masakan Cina)

Bahan-bahan

  • 250 gram ayam dipotong dadu
  • Setengah biji lemon diperah
  • Setengah biji lemon dipotong bulat
  • Sedikit kulit lemon dihiris.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji telor dipukul
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia dicincang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis dan menggoreng
  • Garam dan gula

Kaedah 

  • Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit
  • Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  • Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.

Ayam goreng lemon ini agak masam jadi anda boleh menganggarkan sendiri sukatannya. Begitu juga jika anda suka pedas,bolehlah ganti cili kering dengan cili api.

Bagaimanapun terpulang pada anda untuk menikmati masakan anda,yang pasti ianya sedap dan mudah untuk anda cuba. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Panggang Yogurt

Resepi Masak Kicap

Resepi Masak Lada Hitam

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *