,

Resepi Ayam Kari Kicap Pedas Untuk Masak Last Minit

Oleh:

Resepi kali ini ialah resepi ayam kari kicap pedas yang merupakan cetusan idea last minute untuk hidangan makan malam. Biasanya bila pulang kerja kita perlukan resepi yang ringkas dan sedap serta cepat jadi resepi ini amat sesuai ingin dicuba! Ayam yang dipotong kecil, diperasakan dengan garam dan kunyit dan kemudian digoreng tetapi tidak terlalu garing sebelum ditambah kicap dan beberapa bahan perasa lain,bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut dimana anda boleh cari dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • Ayam ( potong sedikit kecil)
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan lain

  • Kentang ( potong sederhana dan goreng empuk)
  • Bawang besar (potong bajiI
  • Bawang putih(belah2 sahaja)
  • Halia (hiris halus)
  • Daun kari
  • Biji sawi
  • Cili kering atau cili api (ptong 2)

Bahan perasa

  • Serbuk kari ayam
  • Kicap pedas Mahsuri
  • Sos korea
  • Sos tiram

Kaedah

  • Didalam kuali tambah sedikit minyak.
  • Tambah ayam dan biarkan hingga ia masak jangan lupa untuk balik-balikkan
  • Bila ayam telah masak tambah bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, biji sawi dan juga cili.
  • Biarkan sehingga bahan-bahan ini masak dan taburkan serbuk kari.
  • Kemudian masukkan semua jenis sos.
  • Tambah pula kentang yang telah digoreng,
  • Biarkan semua bahan serasi dahulu sebelum ditutup api.
  • Siap!
  • * sukatan sos adalah berdasar kuantiti ayam, agak-agak pada rasa sos kerana ianya tinggi garam dan gula. Sebaiknya elak untuk menambah garam atau ajinomoto!

Hidangan ini amat sesuai untuk dimakan terus ketika panas, kentang saya tambah untuk beri rasa yang lebih sedap dan supaya lebih kenyang, tetapi kentang perlu digoreng lebih awal agar cepat empuk jika tidak ia memakan masa yang lama untuk siap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.