Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Ayam Goreng Garlic Garing Diluar Juicy Didalam

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi viral yang saya cuba untuk merasai sendiri keenakannya. Ayam goreng garlic ini menggunakan bawang putih yang banyak dan Ianya memberi rasa yang menarik dan lain beraroma. Bagaimanapun cara ayamnya digoreng adalah tidak banyak berbeza berbanding goreng ayam KFC atau ayam goreng tepung bestari. Namun bahan yang digunakan sedikit berbeza menjadikan ia lebih sedap. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ayam goreng garlic ni berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Ayam potong sederhana (saya guna kepak ayam)

Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1 biji telur

Bahan perapan lain

  • Tepung ubi (ikut kuantiti ayam)
  • Garam dan  ajinomoto secukup rasa

Bahan lain

  • Bawang putih (bersihkan tanpa perlu potong atau buang kulit)

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan ketepikan sebentar.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tambah bahan perapan lain.
  • Perapkan sejam.
  • Kemudian goreng  dengan minyak sederhana panas.
  • Keluarkan sebentar dan goreng sekali lagi dengan minyak yang lebih besar.
  • Masukkan sekali bawang putih.
  • Bila ayam telah garing dan bawang putih masak, angkat dan sejukkan sebelum dinikmati.
  • Siap! 

Seperti yang anda lihat bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini amat ringkas dan mudah untuk didapati namun yang menjadikan ia istimewa ialah teknik mengorengnya dan juga pengunaan bawang putih yang memberi aroma menarik. Masakan ini sedap dimakan bersama nasi atau bagi pengamal diet atkins, keto mahupun karnivor masakan ini sangat sesuai, jadi jangan lupa untuk mencuba resepi ini ye! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.