Ayam Sizzling Cendawan

Jom kitaa . Buktikan bahawasanya kitaa boleh masak . Nom nom nom ?

RESEPI AYAM SIZZLING CENDAWAN

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong kecil)
3 cawan air
10 tangkai cili kering (potong) *
5 tangkai cili api (ketuk) *
8 ulas bwg putih (ketuk) *
1 1/2 inci halia (ketuk) *
1 biji bwg holland (hiris) *
1 sb minyak (untuk tumis bahan bertanda *)
6 sb sos tiram
6 sb kicap manis
6 sb kicap cair
1 sk minyak bijan
(Kicap, sos tiram leh je lebihkan)
1 ketui kiub ayam/1 sk serbuk pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam
4 sb tepung jagung ( dibancuh ngan air )
Garam n 1 sb gula
Sayur leh guna sawi, kailan, karot dan hero utama adalah shiitake mushroom dan enoki mushroom . Buh byk2 cendawan pun xpe

Cara buat
***********
Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * tadi sampai naik bau. Cili kering tu goreng garing sikit pun xpe. Baru naik aroma hangit sikit. Pastu masukkan ayam, goreng2 separa masak. Masukkan air. Biar ia mendidih.

Masukkan, sos tiram, kicap manis, kicap cair dan minyak bijan secukupnya. Sukatan atas tu anggaran. Saya terus tuang je dr botol. Lagi byk lg sedap sebenarnya. Masukkan kiub ayam/serbuk pati ayam, lada sulah, lada hitam, garam n gula secukupnya.

Garam hati2 takut terlebih masin
Pastu, masukkan hero kita iaitu cendawan tiram n enoki. Biar dia masak elok. Agak2 kuah nampak surut sikit, leh masukkan bancuhan tepung jagung tuk memekatkan kuah. Kacau2 sikit. Leh tutup api

Ok tuk sayur, saya suka celurkan je. Bila nak mkn, sediakan hot plate, bubuh nasi atau yee mee, tuang ayam sizzling, pecah telur n tabur sayur tadi. Hati2 panas…
.
TAG rakan anda sekali, boleh diorang masak untuk anda nanti ­čÖé
.
Kredit resepi ini kepada Rarra Sakura (MAHN)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *