Resepi Patty Ayam Berkeju Lazat Confirm Makan Laju

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi yang sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbo seperti Atkins  atau Ketogenik. Ayam patty merupakan ayam burger homemade yang diperbuat menggunakan isi dada ayam yang dicampur dengan beberapa bahan untuk menaikkan rasanya.

Ianya menjadi pilihan kerana ia mudah untuk disediakan dan juga boleh bekukan agar mudah untuk anda sediakan bila-bila masa. Bagi anda yang sedang mencari-cari resepi sebagai menu berdiet anda,cubalah resepi berikut ini.

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian dada
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang besar
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada hitam
  • Chilli flakes
  • Garam
  • 2 biji telur

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam processor atau blender kering.
  • Kisar sampai betul-betul lumat.
  • Bentukkan sama ada nak bulat ke petak.
  • Sediakan kuali leper, tambahkan sedikit minyak zaitun.
  • Letakkan ayam yang telah dibentukkan perlahan-lahan.
  • Kemudian terbalikkan agar masak di kedua-dua bahagian.
  • Apabila ayam telah masak dikedua belah bahagian, letakkan kepingan cheese mozarella ataupun cheddar diatasnya.
  • Tutup bahagian atas kuali sebenar agar cheese cair.
  • Sediakan bersama potongan salad.
  • Siap!

Selain dari goreng dengan minyak sedikit agar juga boleh mengukus daging ayam agar lebih sihat. Jika anda ingin membekukan patty ayam ini, simpanlah didalam bekas bertutup dan letakkan di dalam freezer. Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *