Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Berasaskan Madu Yang Berkhasiat

Koleksi kali ini akan menghimpunkan 10 resepi masakan dan manisan berasaskan madu. Madu ialah sejenis manisan semula jadi dihasilkakan oleh lebah jenis tertentu hasil pengambilan nektar bunga ketika isa melakukan proses pendebungaan. Oleh sebab itu, madu mempunyai begitu banyak kelebihan dan kegunaannya.

Bukan sekadar sihat malah madu adalah antara makanan sunnah yang telah disebut didalam Al-Quran. Walaupun madu mempunyai rasa yang amat manis namun ia mempunyai sumber yang semulajadi maka amat baik bagi kesihatan. Berikut adalah 10 resepi yang boleh dihasilkan dengan madu.

1) Resepi Sotong Goreng Madu

Resepi ini dikongsikan oleh Lara Izz Zarah dan mendapat banyak komen positif di Facebook. Sotong goreng madu merupakan antara masakan seafood yang digemari,ia adalah sotong yang disalut tepung dan disaluti sos madu. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

sotong goreng madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Lada hitam
  • Sos cili
  • Bawang putih
  • Madu

Cara – cara memasak:

  • Campurkan sotong bersama sedikit garam, lada hitam, tepung jagung.
  • Kemudian, salutkan bersama telur.
  • Gorengkan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan sos cili dan sedikit air, biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan madu, garam dan lada hitam.
  • Siap!

2) Resepi Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu adalah antara biskut paling popular terutama semasa musim raya. Ia dibuat menggunakan cornflakes dan madu dan cara membuatnya juga amat mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Naz Reen dan mendapat banyak shares, likes serta komen positif di media sosial.

cornflakes madu 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 125g mentega
  • 100g madu
  • 2 sudu besar gula (terpulang kalau suka manis boleh letak 3 sudu)
  • Ceri merah & hijau (tak letak pun tak apa)
  • 300g cornflakes

Cara – cara memasak:

  • Panaskan mentega dalam kuali.
  • Apabila sudah cair, masukkan madu dan gula. Kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan ceri dan kacau sekejap. Matikan api.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk cornflakes dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam papercup dan hias.
  • Bakar pada 170C selama 10 minit.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang.

3) Resepi Ayam Madu Leleh

Ayam madu leleh selalunya dijual di tepi jalan, pasar malam atau di baazar ramadhan. Resepi ayam madu leleh ini dikongsikan oleh WaNi AziDdin dan mendapat banyak share, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

ayam madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam – potong 10 dan perap dengan garam+serbuk kari daging serta gorengkan setengah masak
  • 2 biji bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • 4 sekawan secukupnya
  • Minyak sapi/minyak masak biasa secukupnya untuk menumis
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula (kalau suka manis boleh tambah lagi)
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  • Kisarkan bahan bertanda (*) dan tumiskan 4 sekawan, daun kari, serbuk kari, sos cili, serbuk cili sehingga pecah minyak.
  • Apabila sudah pecah minyak, masukkan air, madu, gula dan garam secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan ayam yang telah siap digoreng dan biarkan mendidih sehingga masak.
  • Siap!

4) Resepi Ayam Kicap Madu

Seterusnya resepi ayam kicap madu pula,masakan ini boleh dihidangkan untuk menarik kanak kanak yang kurang makan nasi untuk mendapat makanan yang secukupnya. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Asikin Rosli dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di laman Facebook, mari kita lihat resepi ini!

masak kicap madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam 7 ketul
  • Cili kering 4 tangkai (tak perlu potong)
  • Madu 2 sudu besar (untuk ayam)
  • Madu 3 sudu besar (untuk kuah)
  • Cili padi 5 tangkai (hiris)
  • Limau nipis 3 biji (jus sahaja)
  • Bawang besar setengah biji (hiris)
  • Serai sebatang (hiris)
  • Bawang putih 3 ulas (hiris)
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Daun limau purut (hiris)
  • Bawang holland setengah biji (hiris)
  • Daun ketumbar (hias)

Cara – cara memasak:

  • Gaul ayam bersama madu kemudian goreng dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bawang putih, serai, cili kering dan cili padi sampai naik bau.
  • Masukkan ayam gaul sebati.
  • Masukkan sos tiram, kicap dan madu.
  • Kalau nak berkuah sedikit, boleh tambah air sedikit.
  • Masukkan jus limau.
  • Masukkan daun limau dan bawang holland.
  • Hias dengan daun ketumbar.

5) Resepi Ayam Masak Madu Kurma

Resepi kali ini menggabungkan madu dan kurma iaitu kedua duanya merupakan makan sunnah. Semestinya, hidangan ini akan menghasilkan rasa yang manis dan menarik. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Rozaidah Abdullah dan mendapat banyak shares di Facebook. Mari kita lihat cara untuk menghasilkan hidangan yang menarik ini.

ayam masak kurma madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 sudu serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu serbuk cili suka pedas
  • Limau
  • Madu 4 sudu
  • Kurma 2 biji*
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang putih 6 ulas*
  • Halia*
  • Bahan bertanda (*) dikisar dengan sedikit air.

Cara – cara memasak:

  • Gorengkan ayam dengan garam dan kunyit dahulu.
  • Tumis bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang dan biji pelaga sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar.
  • Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng awal.
  • Masukkan sedikit air, madu dan sedikit garam.
  • Biarkan mendidih dan kuah akan menjadi pekat.
  • Siap!

6)Resepi Ayam Masak Merah Madu

Ayam masak merah madu merupakan hidangan yang amat popular di Malaysia. Ianya selalu menjadi menu utama di majlis perkahwinan. Ini kerana rasanya yang amat sedap dan mampu membuat semua orang terliur.Resepi ayam masak merah madu ini dikongsikan oleh Nur Asmuni Ghazaly dan mendapat shares serta likes yang banyak di laman Facebook milik beliau. Jom tengok resepi ini!

masak merah madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bahan tumis (dikisar)
  • Serai 3-4 batang
  • Cili Merah 3 batang (dibuang biji)
  • Halia seinci
  • Bawang Putih 1 labu kecil (5-6 ulas)
  • Bawang Merah Kecil (4 biji)
  • Bawang Besar (2 labu saiz sederhana)
  • Cili Boh (anggaran 5 sudu besar)

Bahan tumis (ditumbuk)

  • Bawang Besar Holand (1 labu)
  • Sedikit kunyit hidup (pilihan)
  • 3 sekawan
  • Kulit kayu manis/bunga lawang/buah pelaga
  • Sos Tomato (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Cili (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Tiram ( anggaran 3 sudu besar)
  • Air (untuk kuah)
  • Madu (anggaran 2 sudu besar)
  • Ayam setengah ekor
  • Ayam dipotong kecil, digaul dengan garam & kunyit kemudian di goreng setengah masak
  • Daun pandan sehelai (potong 3-4 bahagian)
  • Daun sup (pilihan)

Cara – cara memasak:

  • Tumis 3 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh.
  • Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kesemua sos dan tambah air untuk lebih berkuah.
  • Tunggu sehingga menggelegak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun pandan dan madu.
  • Masak dan biarkan pecah minyak sekali lagi. 
  • Nota: Jika ingin cantik berkilat, letakkan sedikit gula batu.
  • Akhir sekali, perasakan dengan garam dan taburkan daun sup.
  • Siap!

7)Resepi Sosej Bakar Madu

Sosej Bakar Madu sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan semasa majlis hari jadi kanak kanak. Siapa tahu, sosej dan madu merupakan kolaborasi yang cukup sempurna. Ianya juga boleh dijadikan sebagai hidangan barbeque.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus sosej 

Bahan-bahan Perapan

  • 6 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan madu
  • Secubit lada hiitam

Kaedah

  • Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Boleh bakar terus jika suka (boleh bakar menggunakan kuali ajaib atau apa saja.
  • Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
  • Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
  • Terbalikkan perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
  • Siap untuk dihidang

8) Resepi Teh Tarik Madu

Teh tarik madu ini cukup popular di Kelantan dan popular dengan gelaran teh beng. Ia juga mempunyai rasa yang unik dengan gabungan teh tarik dan madu. Sekiranya anda masih belum rasa teh tarik madu, inilah masanya untuk anda mencubanya di rumah. Mari kita lihat cara untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar madu asli
  • air panas secukupnya
  • Ketulan ais jika inginkan dingin

Kaedah

  • Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
  • Kemudian tapis air dalam gelas
  • Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
  • Kacau teh hingga sebati
  • Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
  • Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
  • Kemudian tuangkan dalam gelas hingga buihnya meleleh

9) Resepi Biskut Nestum Madu

Biskut Nestum Madu amat sesuai dibuat semasa musim raya dan ramai sangat penggemar biskut ini. Oleh itu, resepi yang akan ditulis ini adalah khas untuk penggemar biskut nestum madu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu dan mendapat banyak komen positif di Facebook beliau. Jom kita lihat!

biskut-nestum
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 3/4 cawan brown sugar atau 1 1/2 cawan gula
  • 1 sdb esen
  • 1 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 cawan tepung Red Rose (tepung biskut)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sdk soda bikarbonate
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan coklat chip
  • Almond nibs

Cara – cara memasak:

  • Gaulkan butter bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan minyak jagung.
  • Masukkan tepung biskut, tepung jagung dan soda bikarbonate yang diayak terlebih dahulu.
  • Masukkan nestum madu dan gaulkan kesemuanya.
  • Masukkan 1 cawan chocolate chips bersama almond nibs.
  • Gaul sehingga sebati dan cubit menggunakan tangan.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter supaya tidak melekat.
  • Bakar mengikut kepada ketuhar masing – masing.

10) Resepi Ayam Madu Goreng

Ayam madu goreng ini amat sesuai kepada suri rumah yang ingin mencuba resepi baru untuk dihidangkan kepada ahli keluarga kerana rasanya yang sedap dan manis. Resepi ini telah dikongsikan oleh Suhaida Zainudi dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial, berikut adalah bahan yang diperlukan.

ayam-madu-goreng
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam (direbus dulu separuh masak dengan bawang putih + halia + garam)
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Limau kasturi/Limau nipis

Cara – cara memasak:

  • Perapkan ayam yang telah direbus dengan kicap manis, sos tiram, madu, halia dan bawang putih.
  • Perap dalam 15-20minit
  • Gorengkan dgn butter/marjerin hingga masak, dah masak boleh perahkan dengan limau kasturi/limau nipis

Itulah 10 masakan dan manisan yang disediakan menggunakan madu, Madu sememangnya sumber makanan yang mempunyai khasiat dan manafaat dan ia juga amat sedap dan sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai jenis makanan seperti ayam, sosej, sotong dan banyak lagi. Diharap anda dapat mencuba resepi-resepi yang telah dikumpul didalam koleksi kali ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *