Resepi Mee Hoon Sup
( untuk sorang makan)
3 ulas bawang putih( ketuk)
1 sudu teh serbuk lada putih
3-5 biji cili api( ketuk)
Udang/ ayam/ daging secukupnya
Fish ball/ fish cake- kalau suka
3 helai sayur sawi
Sedikit kobis
1/2 biji tomato
1 biji telur
Mee hoon
Air 3 mug
Garam
Gula
Aji
Bahan2 pelengkap menu:
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Sehiris dua limau nipis
Cara2:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga naik bau, masukkan lada putih.. Kemudian masukkan udang/ ayam/ daging… Kacau2 sekejap, masukkan air.. Bubuh garam, pak aji n sedikit gula..Biarkan mereneh seketika.. Masukkan sayur2 dan mee hoon.. Kemudian pecahkan sebiji telur tadi.. Bila mee hoon dah lembut boleh laa di hidangkan dgn daun sup, bawang goreng dan perahan limau nipis..