Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Tofu Kobis Makanan Berkhasiat Ubat Resdung

author name

📄 ,

Resepi ini merupakan resipi yang sangat mudah disediakan. Ianya menggunakan bahan ringkas seperti kobis cina juga tofu lembut. Dalam penyediaan masakan ini  bahan-bahan yang digunakan sangat minima namun rasanya sedap dan memuaskan terutamanya jika anda mengidap resdung dia pasti akan memberi kelegaan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya

Bahan-bahan

  • ¼ kobis cina (hiris)
  • Cili merah/cili api merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu ikan bilis
  • 1 pek tofu lembut (tofu telur) potong sederhana kecil
  • Daun bawang dan cili merah ditambah jika anda suka
  • Garam, secukup rasa dan sedikit lada sulah jika suka.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih hingga naik bau dan kemudian tumis ikan bilis.
  • Biarkan ikan bilis benar-benar garing baru masukkan air secukupnya.
  • Masuk sayur kobis,cili merah dan juga serbuk perasa dan garam secukupnya.
  • Tambah tofu lembut dan masak hingga menggelegak.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah dan hias dengan daun bawang hiris dan bawang goreng jika anda suka.
  • Siap!

Selain daripada menggunakan tofu lembut anda juga boleh menggunakan tofu telur dan juga anda boleh menambah udang di dalam masakan ini jika anda suka. Kalau nak lebih asli tambahkan sedikit minyak bijan supaya ia lebih wangi. Masakan ini sedap diratah sahaja tetapi kalau makan dengan nasi pun sedap! Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.