Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ayam Ala-ala Thai Pedas Berasap

author name

Resipi kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan sup ayam Thailand. Ianya mempunyai persamaan seperti sup ayam yang biasa namun begitu ada beberapa bahan yang ditambah yang menjadikan ianya sedikit berbeza.Masakan ini amat sesuai dimakan tu terutamanya di musim hujan rasa masam berlemak yang terdapat di dalam masakan ini sangat menarik. Tambahan pula bau daun ketumbar yang selalu diguna didalam masakan Thailand ini memberi aroma menarik dan menyelerakan. Oleh itu berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan. 

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam potong kecil
  • Kentang dipotong kecil
  • Lobak merah ( jika suka)

Bahan kisar

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • (Sukatan bergantung pada saiz ayam)

Bahan lain

  • Cili api
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis 

Kaedah

  • Tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan biarkan ia masak sebentar.
  • Kemudian tambah air dan kentang secukupnya.
  • Masukkan cili api dan biarkan sup mengelegak
  • Akhir sekali taburkan daun ketumbar.
  • Tambah sehiris limau nipis semasa dihidang.
  • Sedap diratah atau makan bersama nasi.
  • Siap!

Masakan ini amat enak dihidang dengan sepinggan nasi panas bersama telur dadar Ia juga sangat sedap jika dibuat pedas-pedas namun begitu jika anda ingin menyediakan bagi kanak-kanak mungkin anda boleh mengurangkan kandungan cilinya. Apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.