Resepi Sup Sayur Thailand Pedas Makan Syahdu Je Rasa 1

Resepi Sup Sayur Thailand Pedas Makan Syahdu Je Rasa

Di dalam perkongsian kali ini kita akan tunjukkan cari cepat cara untuk menyediakan sup sayur yang jarang-jarang dikongsi. Namun begitu di dalam resipi kali ini diaspirasi kan daripada masakan sup Thailand. Ini kerana ada antara bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini adalah bahan yang biasanya terdapat dalam masakan Thailand contohnya sos ikan dan daun ketumbar. Bagaimana pun bahan-bahan yang digunakan telah diubah sedikit agar sesuai dengan citarasa orang kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 5 ekor udang saiz besar
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • Sedikit bunga kubis (potong kecil)
  • Segenggam cendawan tiram (buang batang dan siat)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan air, kiub ayam dan udang, biarkan mendidih. 
  • Masukkan pula lobak merah, putik jagung dan bawang besar. 
  • Biarkan mendidih lagi, masukkan cendawan tiram, bunga kubis, cili merah, tomato,sos ikan, garam, gula dan serbuk perasa. 
  • Biarkan masak.
  • Masukkan pula daun ketumbar dan biar layu, akhir sekali perahkan limau kasturi ke dalamnya. Sedia untuk dihidang.

Masakkan sup ini paling enak dimakan bersama nasi tetapi ia juga sedap dimakan begitu sahaja. Penggunaan sos ikan boleh diabaikan jika anda tidak suka pada aromanya. Apapun terpulang pada citarasa anda dan diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *