RESEPI PAU ROTI GORENG.

RESEPI PAU ROTI GORENG.
Bahan-bahannya:
-1 kg tepung gandum
-1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
-4 sudu margarine
-1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh -dengan 1 cawan air)
-1 cawan gula Air secukupnya untuk menguli (sehingga adunan tidak melekat ditangan)
Inti kacang merah- saya beli yang ready made. Guna sardin pun sedap.
.
Cara-caranya
-Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
-Biarkan doh naik 2 kali ganda.
-Uli sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
-Bulat-bulatan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
-Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
-Susun dalam dulang/loyang. Panaskan minyak.
-Sebelum menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.
-Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula.
-Balik-balikkan sehingga masak/warna perang.
-Siap! ­čÖé Selamat mencuba
.
resepi: cikgu wan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *