Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Pelbagai Idea Resepi Sotong Untuk Anda Cuba Sendiri

Sotong adalah salah hidupan laut atau dikenali sebagai seafood. Ada sesetengan orang yang tak boleh makan sotong kerana mempunyai alahan. Tapi sotong kalau masak apa cara sekali pun memang sedap, Ada banyak jenis sotong yang kita boleh lihat ada besar dan kecil. Kalau sotong bersaiz kecil dipanggil cumi-cumi, Ada juga dijadikan sebagai sotong kering, sotong jenis ini sesuai jika di masak sambal.

Banyak resepi sotong yang anda boleh cuba ikut citarasa masing-masing. Resepi kali ini kami kumpulkan beberapa koleksi masakan resepi sotong yang anda boleh cuba dirumah,. Jom lah baca resepi ini.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi pertama ini adalah resepi paling simple nak buat tapi mengenyangkan. Sotong goreng masak kunyit ini sedap makan bersama sambal belacan kan? Jom baca resepi dari Roslinda Razak.

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Bawang besar – di hiris
  • Bawang putih – di hiris
  • Halia – di hiris
  • Lada merah/ hijau – di hiris
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Kemudian masukkan serbuk kunyit kacau sekejap dan masukkan sotong, garam & ajinomoto siap!

Resepi Sotong Phat Phet

Jika anda peminat makanan Thai, pasti anda kenal dengan masakan phat phet ini, Kali ini versi sotong masak phat phet pulak. Sedap dengan rasa masam dan pedas cukup sesuai. Resepi ini dari Nurul Ateekah.

Bahan-bahan

  • 500gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan kisar

  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
  2. Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
  3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.

Resepi Sambal Sotong Kembang

Tak semua gemar makan sotong kembang. Tapi sotong kembang ini sedap masak sambal. Tekstur rangup dari kacang tanah membuatkan sambal sotong kembang ini menjadi lebih enak. Resepi ini dari Har Ryea.

Bahan-bahan

  • 3 ekor Sotong, bersihkan.
  • 6 -7 sdb cilikering kisar (rebus dulu)
  • 2-3 sdb Bawang Besar kisar
  • 1 sdb Bawang Putih kisar
  • 1 sdb Halia kisar
  • 1-2 biji Bawang Besar hiris kasar
  • seketul kecik gula melaka
  • 1 sdk pes asam jawa Adabi
  • Garam & Ajinomoto
  • Sedikit Gula Pasir

Cara Penyediaan

  1. Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar).
  2. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. goreng sampai sedikit garing.
  3. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
  4. Masukkan cili kering kisar, ratakan, masukkan juga gula melaka terus tumis
  5. Masukkan Garam, Ajinomoto, gula pasir dan sdikit pes asam jawa, gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.
  6. Boleh masukkan sotong gaul rata. masukkn juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
  7. Masukkan sedikit air, gaul lagi boleh tambah kacang tanah jika nak.
  8. Terus masak hingga sambal naik minyak & wangi selalu kacau supaya sambal tak hangit.

Resepi Singgang Sotong

Masakan singgang memang cukup popular di Pantai Timur, Selalu singgang ini dipadankan dengan ikan. Jom cuba ubah sikit resepi dari Elissa Aziz ini. Beliau membuat resepi singgang sotong.

Bahan-bahan

  • Sotong (bersihkan)
  • Air secukupnya
  • Serai (diketuk)
  • Bawang putih (hiris)
  • Bawang merah (hiris)
  • 1 asam keping
  • Cabai burung
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air,masukkan bebawang, serai & asam keping. Biar mendidih.
  2. Masukkan sotong, cabai, garam dan serbuk perasa. Biar sehingga sotong masak. Jangan lama sangat, nanti sotong liat.

Resepi Sotong Masak Kicap

Resepi sotong masak kicap memang salah satu lauk yang selalu buatkan? Bukan kita sahaja boleh makan malah anak-anak pun boleh makan sekali, resepi dari Siti Fatimah.

Bahan-bahan

  • Sotong stgh kilo
  • 2biji ubi kentang(grg dulu ketepi kan)
  • 2 btg serai(ketuk²)
  • Bwg kecik 4 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • 1 sudu kecik lada hitam
  • Halia satu inci
  • 2sudu besar cili kering
  • Sedikit ayer asam jawa
  • Pati ayam knorr seketul
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit garam dgn gula

Hiasan

  • Sebiji tomato
  • Cilipadi 6 biji
  • Cili merah 1 biji
  • Bwg besar setgh biji
  • Sedikit daun kari

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan yang di tumbuk dengan serai bagi kekuningan kemudian masukkan sotong masukkan air asam jawa tunggu sampai kuah pekat. kemudian masukkan, ubi kentang sedikit kicap manis. ,garam ,gula dengan pati ayam knorr masak bagi kering kuah pulak ye, kemudian masukkan hiasan cili padi, cili merah , bawang besar, tomato dengan daun kari.

Resepi Sotong Masak Lada Hitam

Satu lagi resepi yang mudah tapi menyelerakan ialah sotong masak lada hitam. Tak perlu banyak bahan tapi cukup menyelerakan. Jom cuba resepi dari Aisyah Humaira.

Bahan-bahan

  • 1 kg 1/2 sotong dicuci bersih
  • 3 Serai
  • 2 biji Bawang merah kecil dihiris
  • 2 ulans Bawang putih dicincang
  • 2 Sudu besar Lada hitam biji dan ditumbuk
  • 4-5 Sudu besar sos tiram
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu kecil pes asam jawa atau secukup rasa
  • Serbuk cukup rasa maggi, garam, gula secukup rasa
  • Sedikit air jika suka berkuah
  • Hirisan Bawang besar, hirisan tomato dan beberapa tangkai cili padi

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih hingga perang. Masukkan lada hitam kacau hingga terbit bau dan masukkan sos tiram kacau sebati.
  2. Masukkan sotong, serbuk kunyit, pes asam jawa dan sedikit air kacau sebati lalu biarkan sotong masak dengan api sederhana. Sotong dah masak bolehlah tabur hirisan bawang,tomato dan cili padi. Kacau rata siap dan sedia dihidang.

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Buat penggemar makanan pedas, resepi sotong masak hitam pedas ini memang sesuai untuk anda. Rasa manis dan pedas ini memang sedap dinikmati. Resepi ini dari Nurul Ateekah.

Bahan-bahan

  • Sotong 500g
  • Dakwat sotong
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Perahan Asam jawa 1 sudu besar
  • Serai 1 batang
  • Halia 1 cm (dihiris)
  • Lengkuas 1 cm (dihiris)
  • Daun limau purut 2 keping
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Bawang putih 3@4 ulas
  • Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit

Cara Penyediaan

  1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut , halia, lengkuas dan serbuk belacan dan diikuti dengan perahan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong dakwat sotong dan bawang gaul rata dan masak seketika perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang,

Resepi Sotong Celup Tepung Kriuk Kriuk

Kalau sotong goreng tepung ini memang cepat habis. Dapat pula tekstur rangup memang sedap kan? Resepi dari Emma Faqih II.

Bahan-bahan

Perapan sotong

  • -1 biji telur
  • -3 sudu tepung bestari
  • perap dalam setengah jam

Campuran tepung kering

  • 6 sudu tepung bestari
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan sotong yang dah diperap dgn campuran tepung kering. Gaul sebati luar dan dalam sotong.
  2. Toskan air sotong,
  3. Salut sotong sepenuhnya dengan campuran tepung. Belah dalam pun salut tebal.
  4. Minyak dah panas baru masukkan sotong,
  5. Jangan balikkan sotong sampai sotong garing (balikkan sekali sahaja).

Resepi Kerabu Sotong

Resepi dari Thai memang menjadi pilihan. Resepi kerabu sotong ini rugi anda tak cuba, tak perlu masak hanya gaulkan semua bahan sampai sebati dan dah boleh makan. Resepi mudah dari فاءيده عبدالجميل.

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi – campur merah & hijau
  • Limau nipis
  • Nisan thai/gula
  • Sos ikan
  • Tomato
  • Sedikit daun ketumbar

Cara Penyediaan

  1. Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
  2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan air rebusan sotong 1 sudu.
  3. Masukkan nisan thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masak yang dikehendaki.
  4. Rasa ikut kesesuaian rasa yang nak, masukkan sotong yang dah tos dalam satu bekas. Dan masukkan bahan yang tumbuk tadi bersama sotong. Gaul rata hingga sebati sampai mesra cili dengan sotong tadi.
  5. Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar ygan dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!

Resepi Ketupat Sotong

Ketupat sotong adalah salah satu juadah yang popular di Terengganu. Jika anda pertama kali nak cuba boleh baca resepi dari Anzieriantiey Apandi.

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras pulut 4 keping nise Sedikit gula (jika suka)
  • Sedikit garam
  • 2 1/2 cawan santan pekat.
  • Daun pandan
  • Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.

Cara Penyediaan

  1. Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam.
  2. Biarkan sebentar.
  3. Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh kalau penuh sangat ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.
  4. Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.
  5. Susun daun pandan di dalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi (boleh tambah santan jika suka – letak santan hingga tenggelam sotong),
  6. Tutup periuk dan rebus sotong. Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula.
  7. Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat.
  8. Dah siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi yang telah kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik telah kami sediakan khas untuk anda. Jangan lupa share resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!