Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Goreng Mentega (Buat Ketagih!)

Sotong Goreng Mentega merupakan hidangan kudap – kudapan yang boleh dimakan begitu sahaja. Sekiranya kita membelinya dikedai, harganya pasti mahal! Walaubagaimapun, anda boleh menyediakan hidangan ini sendiri.

Cara pembuatan sotong goreng mentega ini tidak sukar. Lagipun, harganya jauh lebih murah dari dibeli dikedai. Lagi puas makan! Ianya juga tidak menggunakan bahan yang banyak tau!

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Intan Abd Rahim dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Sotong Goreng Mentega

sotong-goreng-butter
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung Bestari
  • Telur 2 biji
  • Butter
  • Daun kari
  • Bawang putih
  • Cili padi ( terpulang nak letak atau tak )

Cara – cara memasak:

  1. Celup sotong dalam tepung bestari bersama air sedikit.
  2. Kemudian sediakan tepung bestari sahaja. Ini untuk salutan kedua sebelum sotong di goreng. Sotong akan lebih rangup dan tak meletup. Selesai menggoreng, asingkan dahulu dan sediakan kuah butter.
  3. Masukan minyak bersama butter di kuali.
  4. Tumis bawang bersama cili api, daun kari.
  5. Ambil kuning telur sahaja. Hancurkan dan masukkan ke dalam kuali secara perlahan sambil kacau telur kuning selaju yang boleh.
  6. Masukan perasa dan garam sedikit.
  7. Masukan gula sikit.
  8. Angkat kuah butter bila dah berbuih tinggi dan campur dengan sotong yang kita goreng pada awalnya. Jangan lupa tos dahulu jika nak kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!