Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Eno (Mudah dan Lazat)

Apam merupakan hidangan yang berdasarkan tepung beras. Secara amnya, apam merupakan kuih yang gebu dan berwarna warni. Ianya amat comel dan sedap, dan sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Kali ini kami bawakan resepi apam eno, yang menggunakan eno sebagai salah satu bahan dalam pembuatan apam ini. Ianya mudah dan lazat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sunaah Miskam di media sosial milik beliau dan mendapat banyak likes! Jom kita lihat!

Resepi Apam Eno

apam-eno
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cwn tepung beras
  • 2 cwn air
  • 1 cwn gula
  • ½ cwn tapai nasi
  • 1 paket eno original
  • Pewarna

Cara – cara memasak:

Tapai nasi:

  1. Nasi digaul sejuk bersama ragi.
  2. Masukkan kedalam bekas kedap udara.
  3. Perap sehingga 2 hari.

Apam eno:

  1. Kisarkan tepung beras, air, gula bersama tapai nasi.
  2. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 3 ke 4 jam.
  3. Masukkan eno dan gaul sehingga sebati.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!