makaroni-bakar-cheese

Resepi Makaroni Bakar Cheese (Ala Western!)

Makaroni Bakar Cheese merupakan hidangan barat yang amat digemari oleh kita semua. Rasanya yang berlemak dapat membangkitkan selera! Caranya juga mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

Selalunya, makaroni bakar cheese hanya terdapat keju dan makaroni, akan tetapi, buat resepi kali ini, kami bawakan resepi makaroni bakar cheese yang lebih extra! Ada tambahan meatball serta sayur sayuran!

Resepi ini dikongsikan oleh Adinie Syahadinie dan banyak mendapat likes di sosial media!

Resepi Makaroni Bakar Cheese

makaroni-bakar-cheese
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Makaroni (rebus)
  • Meatball
  • Lada benggala
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Sos pasta prego (tin biru)
  • Cheese slice 2 keping
  • Perencah berlada hitam maggi
  • Butter 2 sudu mkn
  • Susu cair 1/2 tin

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan makaroni dan toskan.
  2. Gorengkan meatball sekejap.
  3. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang holand yang potong dadu hingga naik bau dan masukkan lada benggala, tomato masak sekejap dan masukkan perencah berlada hitam setengah paket kacau rata, masukkan sedikit air.
  4. Masukkan sos pasta prego, susu cair dan meatball kacau biar sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan cheese slice 2 keping kacau biar pekat dan tutup api.
  6. Tuang semua dalam loyang.
  7. Susun cheese atas sekali pastu picit nancos cheesy dan bakar pada suhu 180C, selama 15 minit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *