Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Tulang Lembu (Idea Makan Malam!)

author name

📄

Sup tulang lembu sering didapati di restoran sekitar kita. Ada banyak versi dan rasa, termasuklah versi Thai dan versi Mamak. Namun begitu, pasti sahaja kita mahukan sesuatu daripada air tangan kita kan?

Kali ini kami bawakan resepi sup tulang lembu khas buat anda sekalian. Jadi, anda bolehlah menyediakan hidangan sup tulang lembu ini buat makan malam keluarga anda! Rasanya juga pasti memuaskan dan memberikan kekenyangan kepada anda sekeluarga.

Resepi ini dikongsikan oleh Ayu Mashruddin di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom!

Resepi Sup Tulang Lembu

sup-tulang-lembu
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tulang (anggaran 2kg – 2.5kg) direbus dalam pressure cooker selama 45 minit
  • Halia
  • Bawang merah
  • Sup bunjut Adabi utk sup tulang : 2

Bahan untuk tumis darat:

  • Rempah Tumis : 1 pack
  • Bawang merah : hiris
  • Bawang putih : hiris
  • Halia : hiris
  • Cili merah : hiris
  • 1 pack kecil Rempah Sup Adabi
  • 1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
  • Batang Daun Sup

Cara – cara memasak:

  1. Selepas 45 minit direbus, masukkan bahan tumis kedalam periuk pressure cooker.
  2. Tambahkan garam dan lada hitam.
  3. Tambahkan lobak dan kenyang dan masak sehingga empuk.
  4. Masukkan hirisan tomato.
  5. Masukkan daun sup dan daun bawang.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *