Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ayam Extra Kick Sup Viral Dari Khairul Aming

author name

Resepi kali ini adalah resipi sup ayam extra kick dari Khairul Aming yang sedang viral, masakan ini sangat sesuai bagi yang meminati sup yang pedas. Ia paling sedap dihidang ketika musim hujan di mana ianya boleh memanaskan badan. Rasa supnya cukup panas, pedas, masam dan pasti extra kick, malah bahan-bahan yang digunakan juga amat ringkas dan mudah didapati jom kita tengok cara membuat sup berempah ini. 

Bahan-bahan

  • Ayam seekor potong kecil
  • Kentang belah 4 ( anggaran sendiri)
  • Cili api merah 
  • Daun sup
  • Sedikit perahan limau nipis

Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar hiris
  • 4 ulas bawang putih hiris
  • Halia 2 inci 
  • 1 bunjut sup
  • 4 sudu serbuk sup (bancuh sikit air jadikan pes)

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam periuk ( minyak kena lebih sikit)
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga bawang kekuningan. 
  • Tambahkan ayam,sup bunjut dan juga kentang
  • Tambahkan pes sup tadi dan juga air
  • Garam, serbuk perasa dan hirisan daun sup  juga masuk sekali.
  • Tutup periuk supaya semua bahan serasi.
  • Bila kentang dah empuk dan ayam dah masak tutup api.
  • Taburkan lagi daun sup dan hirisan cili api.
  • Last sekali sebelum hidang tambahkan jus limau nipis.
  • Siap! 

Jika anda ingin sup anda lebih berkhasiat anda boleh menggunakan ayam kampung. Walaupun dagingnya agak keras anda boleh merebus hingga empuk dahulu. Nak pedas lagi tambah lada hitam tapi sebab ini resepi KA maka saya ikut sebiji supaya dapat rasa keenakan yang dikatakan tu. Dan ia memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.