Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Cendol Subang Gula Melaka

Puding atau dikenali juga sebagai agar-agar merupakan pemanis mulut yang sangat mudah nak buat. Paling sedap bila dimakan ketika sejuk. Sampai ketekak rasanya. Pemanis mulut ini juga selalu dihidangkan ketika jamuan atau sebarang majlis keraian. Banyak sebenarnya perasa Puding yang kita boleh buat antaranya ialah Puding cendol.

Kali ini kami kongsikan resepi puding cendol subang yang mudah dan sedap bila dimakan, nak-nak pula makan ketika waktu panas memang ngam. Selalu kita makan cendol dengan cara hirup kan, kali ini kami bawakan puding cendol yang boleh dimakan. Memang mudah dan sedap. Kredit kepada resepi tidak dikenali.

Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah

  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar-agar powder
  • 500gm cendol
  • Sedikit garam

Bagi lapisan atas

  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar-agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

Cara lapisan bawah

  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan ke dalam acuan.
  4. Sebelum tu basahkan acuan dengan sedikit air.
  5. Lapikkan dengan plastik, saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Cara lapisan atas

  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (ambil air daripada 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula..
  2. Masukkan air gula tambah baki air tadi dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3. Pukul kuning telur didalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.
  4. Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cakar sedikit dengan garpu di serata adunan
  5. Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan. Sedap dimakan ketika sejuk, selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana mengikuti resepi yang kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik yang ada untuk anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!