Laici merupakan buah – buahan yang amat terkenal di Malaysia. Pelbagai juadah telah pun dihasilkan daripada laici. Kali ini, kami bawakan sebuah lagi juadah pencuci mulut yang berasaskan laici khas buat pencinta laici sekalian. Sudah pastinya rasa hidangan ini lebih lazat dan menyelerakan.
Resepi puding laici selasih ini amat sesuai dihidangkan pada majlis keraian seperti majlis hari jadi ataupun jamuan akhir tahun. Bahan – bahannya mudah untuk disediakan, hanya dengan tujuh bahan utama sahaja! Cara pembuatannya juga ringkas dan menjimatkan masa.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Ct Barriah Abd Wahab dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom tengok!
Resepi Puding Laici Selasih
Bahan – bahan:
- 2 paket serbuk agar – agat
- Air (sukat guna botol mineral besar, 1 botol setengah)
- 1 kotak kecil air kotak laici
- 1 tin laici
- 5 sudu besar gula pasir
- Perisa sirap
- Biji selasih
Cara – cara memasak:
- Serbuk agar – agar dimasukkan kedalam periuk, masukkan air dan masak sehingga mendidih.
- Kacau rata dan masukkan gula, air kotak laici dan air dalam tin laici. Kacau lagi dan tutup api.
- Basah kan loyang saiz 8, susun kan laici dan siram sedikit bancuhan agar – agar tadi untuk bagi laici tersusun cantik di permukaan atas.
- Taburkan biji selasih, dan biarkan selama 10 minit.
- Kemudian tuangkan bancuhan selebihnya perlahan – lahan sehingga habis.
- Sejukkan pada suhu luar dahulu selama satu jam.
- Akhir sekali, masukkan kedalam peti. Sedap dimakan ketika sejuk!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply