Resepi Puding Sagu Gula Melaka ( Manisan Viral)

Resipi kali ini merupakan sebuah pencuci mulut yang amat popular sejak akhir-akhir ini. Puding sagu gula melaka adalah sejenis manisan yang memggunakan biji sagu, gula melaka dan susu cair. Ianya amat sedap dinikmati terutama ketika ia sejuk dimusim panas.

Manisan ini menggunakan bahan yang ringkas dan ia juga amat mudah untuk disediakan, terutama bagi anda yang tidak suka membakar atau mengukus, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang anda boleh dapati dikedai runcit atau pasaraya yang berdekatan.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • 1 pek sagu (warna/putih)
  • Susu cair secukupnya
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan

Kaedah Penyediaan Gula Melaka:

  • Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
  • Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan.
  • Masak hingga gula melaka hancur dan kacau
  • Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan

Kaedah Penyediaan Sagu

  • Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
  • Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata(pilihan)
  • Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering
  • Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
  • Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais

Cara penyediaan puding sagu gula melaka.

  • Mula-mula tuangkan air gula melaka.
  • Masukkan sagu.
  • Akhir sekali tuangkan susu cair mengikut citarasa anda.
  • Simpan dalam petiais untuk rasa yang lebih optimum.
  • Siap


Selain dari menggunakan sagu putih anda juga boleh memiliha yang berwarna. Keduanya menghasilkaj rasa kenyal yang sama sedap. Jika anda tidak ada gula melaka amda juga boleh menggunakan gula merah. Selain dari susu, puding ini juga amat sedap dimakan bersama santan. Jadi terpulang pada citarasa anda, selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *