RESEPI PUDING TIRAMISU

RESEPI PUDING TIRAMISU
.
Bahan Lapisan bawah:
.
12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span. boleh rujuk album
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas
.
Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan 1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk lapisan moca
.
Bahan Lapisan Moca:
10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca
.
– Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
– Masukkan esen vanila
– Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
– 1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca
– Tuang atas lapisan kek
– Sejukkan di dalam peti ais
.
Bahan Lapisan atas:
1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko
.
-Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
-Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
-Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
-Tutup api
-Keluarkan agar-agar dari peti ais
-Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
-Tuang agar-agar telur tadi
-Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
-Ayakkan serbuk koko di atasnya
-Potong dan hidangkan dingin

Leave a Comment