Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Lapis Oreo Milo Coklat Berbaloi Buat Sendiri

author name

Resepi berikut ini adalah resepi pencuci mulut yang menarik dan sedap. Puding lapis oreo milo coklat amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis dan keraian kerana rupanya yang berlapis itu. Diatasnya lapisan oreo bersama susu, tengahnya milo bersama susu dan bahagian bawahnya ialah lapisan koko bersama susu coklat.

Walaupun penyediaannya memakan masa kerana setiap lapisan memakan masa untuk keras namun ia masih berbaloi kerana keenakkannya. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

Lapisan Oreo (lapisan pertama)

  • ½ tbsp serbuk agar-agar
  • 1tbsp tepung jagung
  • 100g gula pasir
  • 400 ml susu putih
  • Biskut oreo dipatah-patahkan

Kaedah

  • Dalam loyang saiz 8” bulat, isikan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.
  • Dalam mangkuk masukkan semua bahan kering.
  • Tambah susu dan kacau dahulu, selepas itu masukkan dalam periuk dan buka api.
  • Kacau hingga adunan mengelegak.
  • Sejukkan sikit sebelum tuang adunan dalam loyang menggunakan senduk.
  • Biarkan seketika.

Lapisan Milo (lapisan kedua)

  • ½ tbsp serbuk agar-agar
  • 1tbsp tepung jagung
  • 100g gula pasir
  • 400 ml susu putih
  • 1 sachet milo 3in1

Kaedah

  • Dalam mangkuk masukkan semua bahan kering.
  • Tambah susu dan kacau dahulu, selepas itu masukkan dalam periuk dan buka api.
  • Kacau hingga adunan mengelegak.
  • Sejukkan sikit sebelum tuang adunan atas lapisan oreo menggunakan senduk.
  • Pastikan lapisan pertama telah set dan cakar-cakarkan sedikit.
  • Biarkan seketika.

Lapisan Coklat (lapisan ketiga)

  • 1  tsp serbuk agar-agar
  • 1tbsp serbuk koko
  • 200ml susu coklat
  • Beberapa keping coklat coin (ikut selera)

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kering dan kemudian tambah susu coklat dan coklat coin.
  • Masak dan biarkan ia mengelegak.
  • Tutup api dan tuang atas lapisan kedua yang telah set dan dicakar-cakar.
  • Biarkan puding set beberapa jam sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Penggunaan tepung jagung penting dalam memberi rasa lembut dan berkrim , selain dari menggunakan susu anda boleh juga menggunakan santan cuma coklat lebih sedap diguna bersama susu. Jadi jangan lupa cuba resepi ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.