Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Milo Berlapis Dessert Olskol Tak Lapuk Dek Zaman

author name

Resipi kali ini merupakan resipi pencuci mulut yang sangat untuk disediakan tetapi mempunyai ramai peminat. Puding milo berlapis ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan juga sangat cepat. Bahan-bahan yang digunakan antaranya ialah serbuk Milo, tepung kastad dan susu. Baiklah bagi anda yang mencari idea untuk menyediakan pencuci mulut anda boleh cuba Resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 1 pek serbuk agar-agar
  • 250ml susu cair
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 70g gula pasir
  • 2 tbsp susu manis
  • 750ml air

  • 100g serbuk milo
  • 1 tbsp serbuk koko

Kaedah

  • Mula masak bahan A hingga mengelegak dan asingkan lebih kurang 300ml.
  • Masukkan bahan B dalam baki puding tadi dan kacau sebati.
  • Masukkan bahan ini dalam acuan dan tinggalkan sedikit untuk buat lapisan terakhir.
  • Sejukkan puding hingga keras dan kemudian cakar dengan garfu.
  • Tuang adunan putih yang diasingkan awal tadi dan biarkan ia keras dan cakar dengan garfu
  • Akhir sekali tuang baki adunan puding milo yang telah diasingkan tadi.
  • Biarkan puding milo berlapis ini sejukkan semalaman dalam petiais supaya lapisan-lapisan tadi tidak terpisah.
  • *jika adunan yang diasing awal tadi keras, anda boleh panaskan semula hingga ia cair dan boleh dituang.

Jika anda suka anda boleh buat semua adunan ini berperisa milo, ia lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Anda juga boleh menggunakan acuan lebih kecil jika ingin hidangkan ia dalam majlis. Sukatan gula boleh diubah untuk memenuhi selera anda samada anda suka manis atau sebaliknya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.