Resepi Puding Lumut Mentega ( Mudah Sangat)

Agar-agar adalah antara makanan pencuci mulut paling popular. Ia sedap dinikmati semasa sejuk. Ada pelbagai jenis puding yang berasas agar-agar. Sebenarnya agar-agar diperbuat dari sejenis rumpai laut.

Pelbagai jenis puding biasa dinikmati semasa dikenduri kendara. Puding agar-agar adalah manisan yang senang disediakan. Tapi ianya perlu dimasak hingga mengelegak. Jika tidak ia tidak akan menjadi keras.

Resepi hari ini,Madam akan menggunakan serbuk agar-agar. Ada dua jenis agar-agar yang paling kerap digunakan dalam pembikinan agar-agar. Satu jenis serbuk satu lagi ialah jenis tali.

Dan resepi yang Madam bawakan kali ini menggunakan serbuk agar-agar. Dan dalam puding ini ada dua jenis puding. Puding lumut dan puding mentega. Jadi rasanya sangat menarik. Lain dari puding lumut pandan yang resepi ada dibawah ini.

Mari lihat kandungan bahan-bahannya.

Resepi Puding Lumut Mentega

Puding Lumut

Bahan A

  • 5g serbuk agar-agar
  • 75g gula pasir
  • 500ml air tambah ½ paste pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pandan 2 helai

Bahan B

  • 100g santan kara
  • 1 biji telur

Kaedah

  • Masakkan bahan A hingga semua larut dan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan B dan masak dengan api yang besar hingga mengelegak dan adunan menjadi berbintil-bintil. Masukk  ke dalam acuan dan biar puding menjadi keras sedikit.

Bahan-bahan A

  • 2 biji kuning telur.
  • 50 gram mentega cair.
  • ½ esen vanilla
  • 95 g susu pekat

Bahan – bahan B

  • 5g serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air

Kaedah

  • Kacau rata bahan A hingga sebati.
  • Masak bahan B hingga mengelegak. Masukkan bahan A sedikit sahaja ke bahagian B. Ini bertujuan untuk menyamaratakan suhu kedua adunan. Ini untuk mengelakkan telur dalam bahan A,menjadi masak dan menyebabkan puding tidak cantik..
  • Tuang kedalam agar-agar pandan tadi. Ingat untuk cakar-cakarkan dahulu,supaya puding mentega melekat elok diatasnya.
Saiz loyang ialah 8″, boleh dapat dua loyang.

Walaupun pembikinannya nampak rumit, tapi dengan rasa yang memikat dan rupa yang menawan. Ia sangat berbaloi untuk dicuba. Selain dari itu boleh juga cuba resepi-resepi yang lain juga ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *