|

Resepi Agar-Agar Lumut Pandan (Senang Sangat)

Resepi kali ni, boleh dikatakan resepi sepanjang zaman. Dari zaman mak kita muda remaja pun da mula ada. Selalu dihidang dalam kenduri kendara. Ia menjadi pilihan tukang masak sebab ia senang dibuat. Tidak perlu oven,tidak perlu pengukus, malah tidak perlu petiais pun. Sekadar api dapur dan periuk.

Tapi acuannya main peranan juga untuk menghasilkan agar-agar yang cantik. Yang sedap mata memandang. Malah bakal jadi tarikan pada para tetamu jika dibuat dari acuan yang betul. Madam suka buat agar-agar ini kerana rasanya tidak terlalu manis. Cukup lemaknya dan bau wangian pandan. Cuma dulu sebelum pandai memasak, madam selalu tertanya bagaimana agar-agar ini mendapat lumutnya, sebab sebelum ini pernah cuba tapi tidak begitu menjadi lumutnya tu.

Jadi hari ini,Madam akan bawakan resepi Agar-agar Lumut Pandan. Yang pasti jadi kalau ikut cara madam ini.

RESEPI AGAR-AGAR LUMUT PANDAN

Bahan-bahan A

  • 180g gula putih
  • 10g serbuk agar-agar
  • 8000ml air
  • Seketul gula batu
  • 1sudu kecil pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan

Bahan-bahan B

  • 1 biji telur
  • Santan kotak kara 200ml

Kaedah

  • Sediakan  acuan  saiz 8” bulat.
  • Masak semua bahan A hingga gula larut.
  • Kemudian bancuh bahan-bahan B dalam bekas berasingan .
  •  Campurkan bahagian B ini kedalam bahagian A.
  •  Masak keduanya hingga mengelegak dan bancuhan menjadi berbintil. Tutup api.
  • Terus tuang kedalam acuan yang telah disediakan. Tunggu sejuk sebelum masukkan kedalam petiais. Ini untuk mengelakkan agar-agar berair.
  • Keluarkan dari acuan bila agar-agar cukup keras.
  • Siap.
Pencuci mulut klasik

Puding yang “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ” bidalan yang dapat mengambar unsur klasik resepi ini. Dari nenek kepada ibu seterusnya kepada anak-anak pula. Malah terus diminati seluruh nusantara. Resepi ini harus dicuba. Jangan lupa untuk cuba resepi kami yang lain ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *