Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar-Agar Lumut Gula Melaka (Mudah Sedap)

author name

Resepi kali ini adalah resepi pencuci mulut yang amat digemari ramai. Agar-agar lumut gula Melaka Ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah didapati. Antara bahan-bahannya ialah serbuk agar-agar, santan telur dan sudah tentulah gula Melaka. Cara pembuatannya amat mudah di mana bancuhan ini dimasak sehingga menggelegak dan kemudian disejukkan sebelum dinikmati.

Resepi agar-agar lumut gula melaka.

Bahan-bahan

A

  • 1.1 liter air
  • 250g gula merah/gula Melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 10g serbuk agar-agar

B

  • 1 biji telur 
  • ½ sudu teh garam
  • 200ml santan kotak

Kaedah

  • Sediakan loyang atau acuan saiz besar, basahkan dengan air agar agar-agar mudah dikeluarkan nanti,
  • Masukkan air,gula dan daun pandan dalam periuk.
  • Apabila gula telah larut masukkan serbuk agar-agar,kacau hingga ia larut sekata.
  • Apabila bahan tadi telah sebati keluarkan daun pandan.
  • Kemudian masukkan serbuk agar-agar.
  • Apabila adunan mulai megelegak,kacau ia.
  • Pastikan api sederhana panas agar adunan ini telah membuak keluar.
  • Ulang proses ini beberapa kali.
  • Akhir sekali sebelum tutup api, pastikan ia mengelegak tanpa dikacau. 
  • Ini untuk menghasilkan tekstur lumut.
  • Tutup api dan biar seketika.
  • Tuang adunan agar-agar ini dalam loyang pilihan anda.
  • Sejukkan sebentar sebelum disimpan didalam petia ais agar ia lebih sedap untuk dinikmati.
  • Siap.

Walaupun agar-agar ini agak popular, namun jika tidak betul caranya anda sukar untuk mendapat tekstur lumut tersebut. Cara yang untuk mendapatkannya sebenarnya ialah dengar membiarkan adunan ini menggelegak tanpa dikacau. Anda haruslah mencubanya sendiri untuk menimati dan merasai pengalaman itu. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *