Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ais Lumut Coklat Idea Untuk Buat Bisnes Minuman

author name

Resipi kali ini merupakan resipi minuman yang mengenyangkan dan sentiasa menjadi kegemaran.Ais lumut coklat,resepi ini saya dapatkan daripada blogger-blogger Indonesia yang sangat kreatif dalam penyediaan makanan ataupun minuman. Bahan digunakan amat ringkas tetapi cara peryediaannya berbeza. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan A

  • 3 pek nutrijell perasa coklat
  • ½ cawan gula pasir
  • 1.2 liter air
  • 3 tbsp coklat ganache (campuran coklat 1 : krim 1)

Kaedah

  • Masak semua bahan hingga ia mengelegak dan tutup api

Bahan B

  • Air batu 3-4 mangkuk kecil
  • ½ cawan susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu full cream

Kaedah

  • Masukkan bahan A (jeli coklat) yang masih panas kedalam air batu dan kacau segera hingga ia menjadi berbintil-bintil.
  • Kemudian tambah susu manis, susu cair dan juga susu full cream.
  • Bila semua bahan dah sebati, masukkan dalam jug dan tuang dalam botol atau bekas yang sesuai mengikut pilihan anda.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

Minuman ini amat sesuai untuk dijadikan produk jualan, seperti didalam gambar saya menggunakan botol plastik saiz 300ml dan mengikut sukatan ini saya dapat 10 botol. Malah ia juga sesuai dijadikan hidangan dalam majlis-majlis seperti kenduri kendara, harijadi atau pun jamuan sekolah. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.