Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vanilla Latte Ice (Macam Starbuck)

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi minuman yang agak popular di kafe yang tersohor iaitu Starbuck. Bagaimana pun yang menggunakan bahan yang sedikit berbeza. Vanilla latte ais menggunakan sirap vanilla, susu segar dan kopi yang baru dibrew jika anda mempunyai mesin kopi anda boleh menggunakan kopi sekali tersebut. Namun jika tiada anda boleh menggunakan nescaffe. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk menyediakan kopi ini.

Resepi Vanila Ice Latte

Bahan-bahan

  • 30ml sirap vanila
  • 200ml susu segar
  • 1 cawan kecil kopi segar 
  • Ais secukupnya 

Kaedah

  • Mula-mula dalam gelas yang tinggi, tuangkan sirap vanila.
  • Kemudian penuhkan dengan ais dahulu.
  • Selepas itu masukkan sus dalam botol dan goncang sehingga berbuih.
  • Tuang susu didalam gelas tadi.
  • Akhir sekali masukkan kopi yang telah disediakan.
  • Boleh dihiasi dengan krim putar jika suka.
  • Siap!

Minuman ini amat sedap terutama jika anda tambahkan krim putar, kerana rasanya sama seperti minuman yang mahal. Anda harus mencubanya sendiri untuk merasai kelainannya. Anda pasti berjaya, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!