Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ais Lumut Bandung Cincau Hidang Masa Kenduri Mesti Licin

Resepi kali ini merupakan resipi minuman yang sedap dan lazat tak. Ianya sangat popular di seberang di negara Indonesia. Tetapi sebenarnya jika anda cuba resepi ini pasti anda dan anda akan mengemarinya dan menjadikannya sebagai minuman kegemaran anda sekeluarga. Ini adalah minuman yang diperbuat daripada jeli dan dengan beberapa bahan-bahan yang sangat sedap, terutama bila anda mencuba resepi ini sebab ada yang kata ia macam air baru campur! Bagi anda yang suka mencuba resepi baru untuk disediakan kepada ahli keluarga bolehlah anda mencuba resepi ini.

Bahan-bahan jeli cincau

  • 3 pek nutrijell cincau
  • ½ cawan gula pasir
  • 1.2 liter air

Bahan lain

  • Air batu anggaran 3 mangkuk kecil

Kaedah

  • Masak semua bahan hingga mengelegak dan tutup api.
  • Dan tuang dalam mangkuk yang mengandungi air batu tadi.
  • Terus kacau hingga jeli mengental, ketepikan sebentar.

Bahan kuah bandung

  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu pekat
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 cawan air gula sirap ros
  • 1 cawan sagu (siap rebus hingga jernih)

Kaedah

  • Masukkan semua bahan dalam jeli cincau tadi.
  • Kacau hingga sebati dan selepas itu rasa manisnya, adjust ikut selera.
  • Dah siap boleh masukkan dalam bekas yang sesuai.
  • Tahan 5 hari dalam petiais.
  • Siap!

Jika anda suka anda boleh tambahkan jagung berkrim bersama kacang merah untuk mencipta rasa seperti air batu campur. Minuman ini amat sesuai dijadikan hidangan dalam majlis jika anda isikan ia dalam botol kecil dalam anggaran 300ml atau 500ml, tetapi anda boleh juga hidangkan dalam mangkuk cocktail jika anda suka. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.