Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sirap Selasih Minuman Ever Green Senang Buat

author name

📄 ,

Resepi minuman klasik yang kerap dihidangkan didalam majlis majlis kenduri atau perkahwinan paling mudah dan sedap ialah air sirap. Air sirap adalah minuman manis berwarna merah yang wangi berperisa rose. Namun ada satu lagi minuman sirap yang paling orang gemar adalah sirap selasih. Selasih adalah sejenis bijian herba yang selalu ditambah dalam minuman. Antara khasiatnya ialah menyejukkan badan dan sememangnya ia digunakan dalam banyak minuman. Sebelum sediakn air sirap selasih ini anda perlu buat ibu air sirap dulu. Jom tengok resepi simple ni!

Bahan ibu air sirap

  • 500g gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 tbsp sirap rose
  • Daun pandan

Kaedah

  • Masak semua bahan hingga menggelegak dan kecilkan api sekurang-kurangnya 5 minit. Kemudian tutup api dan biarkan semalaman.
  • Penyediaan sirap selasih
  • Rendam 2 tbsp biji selasih guna air panas hingga kembang.
  • Ambil berapa banyak diperlukan ibu sirap dan kemudian tambah air dan juga biji selasih tadi.
  • Tambah air batu sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Jika anda tidak pernah mencuba minuman anda patut cuba sebab ia sangat sedap. Rasa buah selasih sangat mengasyikkan bila digigit-gigit. Apapun walaupun tampak ringkas minuman ini sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.