Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cocktail Ceduk Premium Hidangan Mantap Masa Jamuan

author name

Resepi kali ini merupakan resipi yang sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut. Resipi ini viral  sejak kebelakangan ini kerana ianya mudah untuk disediakan dan amat sesuai bagi peminat buah buahan dan juga makanan manis. Hidangan ini paling sesuai dihidang selepas makan utama. Bahan-bahan yang digunakan seperti susu cair, susu segar dan sedikit jus dari cocktail dalam tin.Baiklah bagi anda yang mencari idea untuk menghilangkan kepada keluarga anda pencuci mulut yang mudah dan ringkas tetapi premium berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1 tin fruit cocktail
  • Susu segar
  • Susu cair

Bahan inti

  • Epal merah
  • Buah naga
  • Laici
  • Anggur
  • *buah adalah mengikut citarasa anda.
  • Agar-agar (boleh juga guna cumi)
  • Biji selasih (rendam dulu)

Kaedah

  • Tos buah dalam cocktail dan tapis, ambil separuh jusnya.
  • Campurkan jus tadi dengan susu cair dan susu segar  dalam satu bekas (sukatan ini bergantung pada berapa banyak buah kita guna)
  • Potong buah-buahan menjadi saiz sederhana kecil dan letak dalam satu bekas.
  • Tambah agar-agar atau cumi.
  • Tuang susu yang telah disediakan tadi.
  • Tambah biji selasih yang telah direndam tadi
  • Sejukkan sebelum dinikmati
  • Siap!

Selain daripada menggunakan Buah-buahan segar anda boleh juga menggunakan buah dalam tin. Seperti buah laici limau ataupun nenas ini Terpulanglah kepada aktiviti anda untuk menghidangkan hidangan enak dan ringkas untuk keluarga anda. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.