Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Lumut Sirap Ros Femes Zaman Berzaman Tetap Syahdu Memikat

author name

Puding lumut menrupakan salah satu puding yang amat digemari sepanjang zaman. Ini kerana teksturnya yang lembut dan keadaan lumut dibahagian bawah m puding ini yang mengasyikkan, terutama bila dinikmati ketika sejuk. Antara bahan yang digunakan didalam resipi ini ialah serbuk agar-agar, air, santan dan telur.

Pembuatannya amat ringkas dan boleh disediakan sesiapa sahaja kerana ia menggunakan teknik merenih hingga mendidih. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan A

  • 150g gula putih
  • 10g serbuk agar-agar
  • 8000ml air
  • 30g gula batu
  • 1tbs sirap ros
  • 2 helai daun pandan

Bahan-bahan B

  • 1 biji telur
  • Santan kotak  200ml

Kaedah

  • Sediakan  acuan  saiz 8” bulat.
  • Masak semua bahan A hingga gula larut.
  • Kemudian bancuh bahan-bahan B dalam bekas berasingan .
  •  Campurkan bahagian B ini kedalam bahagian A.
  •  Masak keduanya hingga mengelegak dan bancuhan menjadi berbintil. Tutup api.
  • Terus tuang kedalam acuan yang telah disediakan. Tunggu sejuk sebelum masukkan kedalam petiais. Ini untuk mengelakkan agar-agar berair.
  • Keluarkan dari acuan bila agar-agar cukup keras.
  • Siap.

Bagi resipi ini anda boleh anggarkan sendiri sukatan gula kerana sukatan asal ini agak manis. Penambahan daun pandan ialah untuk aroma yang lebih sedap namun begitu puding ini tetap sedap tanpa daun pandan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.