Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Agar-Agar Paling Senang Dan Sedap

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda resepi-resepi mudah yang biasa nya dijadikan pencuci mulut. Agar-agar adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada serbuk agar-agar, gula, air dan beberapa bahan yang menjadikan ia sedikit berbeza antara satu sama lain. Pencuci mulut ini sangat mudah untuk disediakan. Cara nya ialah hanya dengan merebus ia sehingga mendidih kemudian sejukkan.

Bagi anda yang mencari pelbagai resepi agar-agar, berikut adalah 10 resepi yang telah kami kumpulkan di sini dan menjadi koleksi agar-agar paling digemari. Mari lihat senarai resepi-resepi tersebut

1) Resepi Agar-Agar Lumut Gula Melaka

Resepi ini mendapat banyak permintaan. Agar-agar lumut gula Melaka ianya diperbuat daripada bahan asas iatu serbuk agar-agar,gula dan air tetapi bahan yang sedikit berbeza dalam resepi ialah ia menggunakan santan dan juga telur. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 1.1 liter air
  • 250g gula Melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 10g serbuk agar-agar

B

  • 1 biji telur 
  • ½ sudu teh garam
  • 200ml santan kotak

Kaedah

  • Sediakan loyang atau acuan saiz besar, basahkan dengan air agar agar-agar mudah dikeluarkan nanti,
  • Masukkan air,gula dan daun pandan dalam periuk.
  • Apabila gula telah larut masukkan serbuk agar-agar,kacau hingga ia larut sekata.
  • Apabila bahan tadi telah sebati keluarkan daun pandan.
  • Kemudian masukkan serbuk agar-agar.
  • Apabila adunan mulai mengelegak,kacau ia.
  • Pastikan api sederhana panas agar adunan ini tidak membuak keluar.
  • Ulang proses ini beberapa kali.
  • Akhir sekali sebelum tutup api, pastikan ia mengelegak tanpa dikacau. 
  • Ini untuk menghasilkan tekstur lumut.
  • Tutup api dan biar seketika.
  • Tuang adunan agar-agar ini dalam loyang pilihan anda.
  • Sejukkan sebentar sebelum disimpan didalam petia ais agar ia lebih sedap untuk dinikmati.
  • Siap.

2)Resepi Agar – Agar Roti Gardenia

Resepi ini dikongsikan oleh Jue Rahman dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Iya diperbuat daripada roti putih dan juga sikit susu. Resipi ini menggunakan beberapa jenis berwarna namun sebenarnya anda boleh juga memilih untuk tidak meletakkan sebarang pun warna. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan dia.

Bahan – bahan:

  • 20gm agar-agar tali
  • 1 liter air

Bahan kisar:

  • 5 keping roti dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Beberapa pewarna pilihan

Cara – cara memasak:

  • Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  • Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan. Jarakkan 10minit masa untuk menuang.
  • Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

3)Resepi Agar – Agar Santan

agar-agar-santan
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norradiela Afiq di laman media sosial beliau dan mendapat banyak shares serta likes. Ingat dijadikan sebagai pencuci mulut dan dinikmati ketika sejuk berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Beberapa titik perasa pandan

Cara – cara memasak:

  • Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
  • Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  • Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  • Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
  • Masak sehingga sebati.
  • Pukul sedikit telur bersama santan.
  • Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  • Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  • Tuang ke dalam loyang dan sejukkan

4) Resepi Agar – Agar Lumut

agar-agar-lumut
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Nonie Nuar dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Ia merupakan antara resipi agar-agar yang sangat popular dari dulu hingga kini. Namun cara pembuatannya sebenarnya agak ‘tricky’, terutamanya bagi menghasilkan efek lumut tersebut. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 25g agar-agar tali
  • 6 helai daun pandan – dibersihkan dan potong 1 inci
  • 1 cawan santan pekat
  • 800 ml air
  • 600 ml air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh garam
  • 11 sudu makan gula

Cara – cara memasak:

  • Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
  • Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi.
  • Perah dan buang hampas daun pandan.
  • Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.
  • Masukkan gula, dan kacau hingga gula larut.
  • Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata.
  • Masukkan santan pekat dan garam. Kacau lagi.
  • Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.
  • Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk seketika, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5) Resepi Agar-Agar Koktail

image via Facebook

Resepi agar-agar koktail yang mudah ini telah pun dikongsikan oleh Ida Rohaiza di akaun sosial media Facebook miliknya. Ia menggunakan buah koktel dalam tin, menghasilkan rasa yang sedap dan manis dan sedikit masam. Sedap dimakan ketika sejuk berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara penyediaannya:

  • Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  • Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  • Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  • Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
  • Siap!

6) Resepi Agar – Agar Lumut

agar-agar-lumut
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ini kerana memang yang amat sedap dan ini adalah resipi yang menggunakan gula merah sebagai bahan utamanya.Gabungan gula merah besar bersama daun pandan santan ini akan memberi satu rasa yang sangat sedap dan anda haruslah mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • • 10gm serbuk agar-agar
  • • 4 cawan air
  • • 1 kotak kecil santan kara
  • • 1 biji telur
  • • 1 1/2 cawan gula merah
  • • secubit garam
  • • sehelai daun pandan

Cara – cara memasak:

  • Satukan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut dan mendidih.
  • Masukkan gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah larut.
  • Tapiskan adunan ke dalam periuk lain
  • Didalam bekas lain, kacau santan, telur dan garam sehingga sebati.
  • Masukkan adunan santan ke dalam adunan agar-agar dan biar mendidih lebih kurang satu minit.
  • Tuang ke dalam loyang dan biarkan keras.
  • Siap!

7)Resepi Agar-agar Lumut Pandan

Ada beberapa cara sebenar yang sedikit berbeza dibandingkan dengan yang lain, Oleh itu rasanya mungkin sedikit berbeza tetapi tetap sedap. Oleh itu anda haruslah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

  • 180g gula putih
  • 10g serbuk agar-agar
  • 8000ml air
  • Seketul gula batu
  • 1sudu kecil pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan-bahan B
  • 1 biji telur
  • Santan kotak kara 200ml

Kaedah

  • Sediakan  acuan  saiz 8” bulat.
  • Masak semua bahan A hingga gula larut.
  • Kemudian bancuh bahan-bahan B dalam bekas berasingan .
  •  Campurkan bahagian B ini kedalam bahagian A.
  •  Masak keduanya hingga mengelegak dan bancuhan menjadi berbintil. Tutup api.
  • Terus tuang kedalam acuan yang telah disediakan. Tunggu sejuk sebelum masukkan kedalam petiais. Ini untuk mengelakkan agar-agar berair.
  • Keluarkan dari acuan bila agar-agar cukup keras.
  • Siap.

8) Resepi Agar-Agar Keladi

agar-agar keladi
Imej via Facebook

Resepi agar-agar keladi ini amat mudah untuk disediakan dan ia dikongsikan oleh NoorIdayu Jafri‎‎ di laman Facebook. Beri sedikit lain rasanya kerana ia menggunakan persa keladi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 1 kotak santan kelapa (tidak kisah jenama apa),
  • Agar-agar (sukatan air ikut plastik agar-agar),
  • Telur 1 biji,
  • Gula (ikut kemanisan masing-masing),
  • Perisa keladi ½ cawan.

Cara-cara :

  • Masukkan agar-agar, air dan gula kedalam periuk, masak sehingga semua bahan larut.
  • Kemudian masukkan perisa keladi dan kacau sehingga larut.
  • Kemudian masukkan telur dan santan ke dalam bekas dan kacau.
  • Masukkan campuran telur dan santan ke dalam periuk tadi.
  • Terus masak menggunakan api yang perlahan dan kacau dalam 10 minit.
  • Siap dan tuangkan ke dalam bekas plastik.

9) Resepi Agar-agar Sirap Susu

Resepi ini menggunakan sirap dan juga susu. Oleh itu rasanya seperti air bandung tetapi lebih sedap kerana ia boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Lebih sedap dia dinikmati dengan susu cair, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1000ml air
  • 1 pek serbuk agar-agar (11g)
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu teh sirap ros
  • 1 helai daun pandan
  • ½ tin susu cair dimakan semasa menikmati agar-agar ini.

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan air, gula bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. 
  • Kemudian biarkan ia menggelegak.
  • Masukkan pula susu cair bersama satu sudu teh sirap ros.
  • Masak lagi sehingga bancuhan menggelegar. Tutup api dan sejukkan sebentar sebelum dia masuk ke dalam acuan yang sesuai. Sejukkan sebelum dinikmati. Agar-agar ini paling sedap dimakan bersama susu cair.
  • Siap!

10) Resepi Agar-agar Mangga

Agar-agar ini menggunakan buah mangga yang telah terlebih masak. Rasanya seperti buah mangga sebenar dan sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan ketika semula berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sikit untuk dijadikan inti)
  • ½ cawan gula 
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan susu manis
  • 1 sudu teh pewarna kuning 
  • 1 liter air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • Secubit garam

Kaedah

  • Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
  • Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
  • Masak sehingga ia mengelegak.
  • Biarkan sebentar baru tutup api.
  • Tuang didalam acuan yang sesuai.
  • Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti aias.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi agar-agar yang telah kami kumpulkan di dalam koleksi kali ini. Untuk membuat agar-agar antara petuanya ialah masak hingga mengelegak. Ini kerana jika ia tidak mengelegak ia tidak menjadi keras. Selain dari itu pastikan ia disejukkan beberapa jam sebelum dinikmati.

Pengalaman  membuat agar-agar ini pasti akan membuat anda menyukainya kerana ia amat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan koleksi ini ye. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *