Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Kuah Kastad

author name

Resipi kali ini merupakan resipi pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan di mana bahan-bahannya mudah didapati dan cara membuatnya juga sangat mudah. Ia menggunakan teknik membakar dan antara bahan yang digunakan ialah roti susu dan telur. Puding roti sesuai disediakan di waktu minum petang atau didalam majlis-majlis. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan

Bahan kering 

  • 7-8 keping roti
  • Mentega 
  • Kacang badam dan choc chip

Bahan basah

  • 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Campurkan semua bahan diatas dalam bekas asing)

Kaedah

  • Koyak-koyakkan roti dan letak didalam loyang 4 segi.
  • Kemudian tuang dengan bahan basah yang telah digaul sebati terlebih dahulu.
  • Biarkan roti kembang dalam masa 30 minit.
  • Tabur choc cip dan kacang badam
  • Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air – guna tin susu cair tadi
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur 
  • *satukan semua masak sampai pekat sikit 

Penyediaan puding roti

  • Puding yang telah disejukkan boleh disimpan didalam petiais.
  • Ambil sepotong puding roti dari dalam loyang dan hidangkan bersama sos.
  • Siap!

Cara penyediaan puding roti ini memberi rasa yang lebih moist kerana ia dibiar kembang dalam bancuhan susu sebelum dibakar. Justeru ia juga sesuai dinikmati tanpa kuah tapi jika anda peminat dessert berkuah makan ia pasti memikat hati anda bila ia dimakan dengan kuah terutama selepas disejukkan kerana keenakkannya dan anda harus cuba sendiri resepi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.