,

donut gebu

Oleh:

Donut gebu montoks tanpa botox untuk minum petang ☺️

Lama sungguh tak buat donut gedebus gedebas ni. Hajat di hati nak buat 2 adunan, apa kan daya, kentang tinggal satu. Mak Jemah malas nak gi pasar, kang mengangkut macam macam lagi. Kita move on jek laaa… satu adunan, satu la hai, janji niat diteruskan.

Donut ni memang resepi terbaik. Bila makan, pergh! Menari nari kat tekak. Letak lak topping coklat, dari dondang sayang, terus berzapin. Memang superb la. Dulu kak Bib dah share, ni siaran ulangan la ya.

DONUT GEDEBUS GEDEBAS

Bahan-bahan

1 Biji kentang(anggaran 100gm) direbus dengan kulit sehingga empuk, buang kulit dan lecek halus
*jgn buang kulit dulu utk elak kentang serap air.

250gm tepung roti
1 biji telur
1/2 sdt garam
2 sdm susu tepung
70ml air sejuk dari peti ais
1 1/2 sdm butter/marjerin/shortening (kak Bib guna shortening)
2 sdm gula halus
1 sdt baking powder
1 3/4 sdt yis

Pukul telur dan garam dalam mangkuk. Tepi kan. Dalam mangkuk lain, masukkan kentang yang di lecek, tepung, susu tepung, gula, baking powder & yis. Gaul rata. Masukkan telur, air dan butter. Uli hingga elastik, agak agak dalam 10-15 min. Tutup doh dengan plastik. Perap 30min. Setelah doh naik sikit, uli, terap dan boleh terus digoreng. Siap!! Boleh la letak gula ke topping ikut selera memasing.

Mesti ramai yg cakap;

Saya pakai tepung gandum biasa pun donut gebu..
– Memang betul, tapi tepung roti hasil donut lagi halus.

Saya buat donut tak pakai kentang pun, donut tetap lembut
– Tak nak pakai takpe, tapi letak kentang,donut lebih lembut,empuk & tekstur lembab.. Macam donut omputeh.

Boleh tak kalau tak pakai susu?
– Boleh jek… Tapi rasa dah macam roti la donut tu. resepi donut mmg ada susu, baru rasa lemak..

Kenapa pakai baking powder?
– Ada 2 sebab utama, kalau pakai baking powder, lepas terap, terus goreng. Tak tunggu lama. Pastu, donut tak mudah serap minyak.

Jangan lupa cuba tau! Gerenti puas hati

#CasadiabsKitchen
#KayuManisCeylon

kredit resepi kepada ‎Habibah Badar Bajrai‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]