Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Himpunan Resepi Kuah Kacang Pilihan (Paling Ramai Perkongsian di Facebook)

author name

Siapa yang mampu elak kuah kacang? Hidangan satu ini selalu hadir di berbagai momen spesial, seperti hari raya, kenduri, atau berkumpul dengan keluarga. Rasanya yang lazat dan enak, sesuai dinikmati dengan nasi impit, cucur dan satay dan pelbagai makanan lain.

Jika makan satay terasa kurang lengkap tanpa kuah kacang. Siramkan kuah kacang di atas satay dan hidu wanginya yang merangsang selera dan rasai kelazatan menggetarkan lidah. Selain satay, makan cucur pun sedap dengan kuah kacang. Rasa lemak berkrim kuah kacang bercampur dengan pedas masin cucur.

Apabila tiada lauk, makan kuah kacang dengan nasi impit atau lontong sahaja pun boleh. Rasa manis-manis kuah kacang, letak sedikit sambal dan acar, akan membangkitkan selera makan. Kuah kacang memang sesuai dimakan dengan apa jua jenis makanan.

Jika anda rasa sudah terliur tidak sabar ingin tahu resepinya, mari kami kongsikan 10 kumpulan resepi kuah kacang yang terbaik pernah ada. Apa jua jenis kuah kacang yang anda mahu ada di sini. Selamat mencuba.

Resepi Kuah Kacang Hari Raya

Imej via Facebook

Kuah kacang paling dicari pada hari raya, dimakan Bersama nasi impit dan satay. Makan nasi impit dengan kuah macam itu sahaja pun sedap. Arieza Rieza berkongsi resepi kuah kacang senang dan sedap di laman Facebook.

Bahan blender :

  • Cili kering,
  • Bawang besar 2 biji,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Serai 2 batang,
  • Lengkuas sedikit,
  • Asam jawa,
  • Udang kering.

Bahan lain :

  • Kacang tanah digoreng dengan minyak dan kisar dengan blender kering atau basah pun boleh.
  • Garam perasa,
  • Gula putih,
  • Gula merah,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blender. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan kacang yang siap diblender bersama bahan-bahan lain.
  3. Tunggu mendidih. Kalau pekat sangat boleh tambah air. Pastikan rasa semua cukup masin masam manis.
  4. Bila sudah masak boleh tutup api dan hidang bersama nasi impit, cucur udang @ sate.

Resepi Kuah Kacang Pecal

Imej via Facebook

Seterusnya ialah resepi kuah kacang untuk pecal sayur. Pecal sayur ialah makanan khas Indonesia yang berisikan sayur-sayuran dan disiram kuah kacang. Kamun, kuah kacang ini beza rasa dengan kuah kacang satay. Zalina Rubin berkongsi resepi kuah kacang ala mentua di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  1. Kacang tanah setengah kilo,
  2. Bawang kecil 3 ulas,
  3. Bawang putih 4 ulas,
  4. Cili kering dalam 10 tangkai,
  5. Belacan besar ibu jari,

Cara-cara :

  1. Goreng semua Bahan dalam api kecil. Bila sudah sejuk masuk dalam choper.
  2. Dalam mangkuk lain masukkan bahan yang dichoper bersama gula, garam, aji dan gula. Saya bubuh dalam 3 senduk. Gaul sebati.
  3. Masa bancuh tadi bubuh air asam jawa guna air panas. Jangan bubuh banyak-banyak takut masam nanti.
  4. Siap. Makan dengan sayur-sayur yang sudah dicelur dahulu.

Resepi Kuah Kacang Senang

Imej via Facebook

Resepi kuah kacang Nor Salina Aziz di laman Facebook paling mudah tapi rasa dia sedap. Tidak perlu santan tidak perlu serai dan tidak perlu segala macam bahan namun tahan lama. Makin dipanaskan makin mengancam. Resepi ini boleh untuk 35 orang makan.

Bahan- bahan :

  • Kacang tanah 1.5kg, sangaikan tanpa minyak sehingga garing dan rangup. Kisarkan meggunakan kisar kering. Boleh buang kulit atau tidak perlu buang kulit.
  • Udang kering 200g, dikisar meggunakan kisar kering.
  • Cili kering, kuantiti ikut pada rasa ingin kepedasan tahap mana. Rebus dan kisarkan bersama minyak, tambahkan sebiji bawang merah dan 8 ulas bawang putih.
  • Gula,
  • Garam,
  • Air asam jawa,
  • Air, masukkan agak-agak untuk mendapatkan kepekatan yang diinginkan. Kalau kuah terlalu pekat boleh tambah air.

Cara-cara :

  1. Tumis cili kering sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan udang kering, kacang dan air.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Masakkan sehingga minyak timbul di permukaan kuah kacang.
  6. Sebelum tutup api rasa gula dan garam kuah.

Resepi Kuah Kacang Pekat

Imej via Facebook

Tidak perlu tunggu hari raya nak makan satay kuah kacang dengan nasi impit. Nurul Ateekah berkongsi resepi kuah kacang sedap di laman Facebook. Makan kuah kacang pekat-pekat dengan nasi impit.

Bahan-bahan :

  • 500 gram kacang tanah (disangai atas api),
  • Minyak masak 1 senduk,
  • Air putih 1 liter,
  • Air asam jawa 3 sudu,
  • Gula putih 250 gram,
  • Gula merah/melaka 100 gram,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Cili kisar (1½ senduk),
  • Serai 2 batang,
  • Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 sen),
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Lengkuas 2 cm,
  • Udang kering 1½ sudu besar.

Cara-cara :

  1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (menggunakan api yang perlahan). Goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
  2. Kisar atau blender bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih sehingga halus.
  3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak (menggunakan api yang sederhana).
  4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
  5. Masukkan gula melaka/gula merah, gaul sebati.
  6. Masukkan kacang, air putih, gula, dan garam, gaul sebati.
  7. Masak menggunakan api yang sederhana, dan masak sehingga kuah pekat dan perasakan.

Resepi Kuah Kacang AlaChef

Imej via Facebook

Mesti ramai yang teringin makan kuah kacang sedap ala hotel bukan? Kali ini Yatt Ismail ingin tunjukkan resepi kuah kacang yang sudah berpuluh tahun dibuat untuk sekeluarga. Resepi ini didapat dari Chef dari hotel. Chef ini ada buat rancangan memasak di TV dulu-dulu.

Bahan-bahan :

  • 1 kg kacang tanah disangai atau dipanggang dalam oven,
  • Segenggam cili kering kurang pedas,
  • 2 biji bawang besar medium dimayang,
  • 1/2 inci halia,
  • 1 inci lengkuas,
  • 6 batang serai,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 2 mug santan pekat,
  • 5 kerek manisan,
  • 3 sudu besar gula,
  • Sedikit garam,
  • 2 liter air.

Cara-cara :

  1. Mula-mula panggang atau sangai kacang tanah dalam oven suhu 150℃ selama 25 minit. Sesekali buka oven dan kacau.
  2. Bila sudah siap panggang, buang kulit. Ramas-ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.
  3. Hiris bawang nipis-nipis.
  4. Lengkuas, halia, serai dan bawang putih diblend dengan cili kering yang dipotong-potong dan dibuang biji, blend sampai lumat.
  5. Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.
  6. Bila bawang sudah garing, masukkan bahan blend tadi.
  7. Blend kacang panggang separa hancur dengan air.
  8. Masukkan ke dalam bahan tumisan, tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan lembut.
  9. Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Letak garam sedikit-sedikit dulu. Nanti boleh rasa.
  10. Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.
  11. Bila sudah naik minyak ertinya kuah sudah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ini mesti ada rasa lemak manis.

Kuah Kacang Tanpa Santan

Imej via Facebook

Resepi daripada Cr Nur Hafizah di laman Facebook ini amat mudah sebabnya tidak pakai belacan dan santan. Namun rasanya amat menggamit selera. Resepi zaman dulu-dulu.

Bahan-bahan :

  • 500 g kacang tanah,
  • 13 tangkai cili kering,
  • 2 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 3 biji buah keras (saya letak dua biji),
  • Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa)
  • 2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping),
  • 5 sudu gula,
  • Garam,
  • 2 batang serai.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
  2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
  3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
  4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
  5. Masuk semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
  6. Masuk gula, air asam jawa, asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya guna api yang kecil.
  7. Bila sudah nampak sudah pecah minyak, kuah kacang sudah siap.

Resepi Kuah Kacang Ros

Imej via Facebook

Seterusnya resepi kuah kacang special daripada Rosma Ros Yang berkongsi di laman Facebook. Resepi ini dengan santan, membuat rasanya lebih berlemak manis.

Bahan-bahan :

  • 500 gram kacang tanah digoreng dalam minyak sampai masak. Api jangan kuat sangat. Jangan bagi kacang hangit.
  • Santan 1 kotak,
  • Asam keping ikut masam anda suka,
  • Gula kabung/gula kerek, saya guna gula kerek 1 keping setengah,
  • Gula, garam dan perasa.

Bahan blender :

  • 15-20 biji cili kering atau ikut pedas yang anda suka. Potong dan rebus cili sampai lembut.
  • 7 batang serai ambil yang lembut sahaja,
  • 1 biji bawang besar,
  • 5 biji bawang merah,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2 inci kunyit hidup,
  • 1 sudu biji ketumbar (optional,
  • 1 sudu jintan manis (optional),
    (Blender semua bahan ini betul-betul hancur)

Cara-cara :

  1. Blender kacang bersama air sampai separa hancur.
  2. Panaskan minyak agak banyak.
  3. Bila minyak sudah panas masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak dan wangi.
  4. Masukkan kacang yang diblender tadi, kacau sebati.
  5. Masukkan gula kerek, gula, garam, perasa dan asam keping.
  6. Masukkan air agak-agak kacang tenggelam. Biar mendidih.
  7. Masukkan santan. Masak sampai pecah minyak.
  8. Letak perasa manis dan masin semua.
  9. Kecilkan kan api biar kuah masak cantik bergenang minyak atas kacang.

Resepi Kuah Kacang Satay

Imej via Facebook

Resepi ini dikongsi oleh seorang peniaga satay dan kemudian dicuba lagi oleh Mawar Berduri yang berkongsi di laman Facebook. Jom layan resepi kuah satay sedap ini.

Bahan-bahan :

  • Bawang merah 7 biji,
  • Bawang putih 5 ulas (blender),
  • Legkuas 1 inci,
  • Halia 1 inci,
  • Kacang tanah dalam ½ kg goreng tanpa minyak, buang kulit.
  • Serai 3 batang.

Cara-cara :

  1. Blend bahan-bahan di atas kecuali serai.
  2. Tumis bahan-bahan di ats.semua sekali hingga naik bau. Masakkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan kacang.
  3. Ketuk serai, letak dalam kuah kacang.
    Siap.

Resepi Kuah Kacang Niaga

Imej via Facebook

Ramai yang kata kuah kacang Ruziati Amat Sarbini sedap. Bahkan mereka pujuk untuk buat resepi niaga. Jom tengok resepi yang dikongsikan di laman Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • 1 kg kacang tanah (goreng),
  • 600 gram gula,
  • 2 setengah sudu garam,
  • 3 biji bawang besar,
  • 4 ulas bawang putih,
  • Segenggam asam jawa (bancuh pekat),
  • 4 batang serai,
  • Seinci lengkuas,
  • Minyak masak,
  • Air,
  • Udang kering (ikut selera),
  • Cili kering (ikut pedas masing-masing).

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blender. Masukkan semua bahan dan tambah air. Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
  2. Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit

Imej via Facebook

Resepi kuah kacang nasi impit seterusnya amat mudah. Kalau ingin manis berlemak kena guna gula kerek. Ayuh cubakan resepi daripada Abdul Razak Abdul Rahim yang didatangkan dari laman Facebook.

Bahan blend :

  • 3 batang serai,
  • 2 inchi halia,
  • 2 biji bawang merah (besar),
  • Segenggam cili kering.

Bahan lain:

  • 2 sudu kecil asam jawa,
  • Gula melaka@ gula biasa,
  • Garam,
  • Santan,
  • Kacang goreng diblend kering 2 cawan.

Cara-cara :

  1. Blend bahan di atas dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa. Masukkan sedikit-sedikit, takut masam sangat nanti).
  3. Masukkan kacang goreng yang diblend kering 2 cawan. Kalau tidak pekat. tambah lagi.
  4. Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka. Kuah kacang sedap kalau manis.
  5. Masukkan santan sedikit-sedikit lagi sedap.
  6. Pecah minyak sekali lagi.
    Ada yang suka letak udang kering, terpulang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuah kacang, kami juga menulis resepi lain yang menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.