Kek Sarawak

Oleh:

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada peminat peminat kek sarawak.
Alhamdulillah,kali ni nak share resepi Kek Evergreen Kukus versi orang lama lama dulu..
Resepi dia ada sedikit berbeza dari kek Evergreen kukus yang baru..
In shaa Allah rasanya tetap sama..
Ok,kita tengok resepinya dulu .

Bahan bahan untuk bahagian Hijau
10biji kuning telur
1/2gelas gula halus
1/4gelas susu pekat
250g butter/mentega
200gram Horlick
1/2 gelas tepung roti marie
1botol besar pandan pes

Cara membuat
Pukul gula dan kuning telur hingga kembang..
Masukan 250g mentega.Pukul hingga sebati dan kembang.
Masukan horlick,susu,tepung roti marie dan pandan pes.
Gaul sebati atau mix perlahan.
Kukus bahagian hijau dulu selama lebih kurang 1 jam,baru lapiskan dgn bahagian putih .

Ok,bahan bahan untuk bahagian putih

10biji putih telur
1gelas gula halus
250g mentega atau butter
1sudu besar esen vanila
1-gelas 1/2 tepung hong kong
1/2-tin kecil susu pekat manis

Cara membuat bahagian putih pula,
Pukul putih telur dan esen vanila sampai kembang.ketepikan.
Dlm bekas lain pukul gula dan mentega sampai kembang dan putih.
Satukan dengan putih telur tadi dan pukul hingga sebati .
Masukan susu pekat manis.pukul lagi sampai sebati.baru masukan tepung. Gaul sebati atau pukul perlahan sampai sebati..
Lapis bahagian putih ni diatas lapisan hijau tadi..
Kukus hingga masak..

SELAMAT MENCUBA!!
semoga bermanfaat

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]