Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Coklat (Lazat dan Mudah)

author name

📄

Amat mudah pada hari ini untuk kita dapatkan kek coklat di kedai-kedai kek berdekatan dengan kita. Tetapi adakah ianya memenuhi citarasa anda?Resepi kek coklat ini amat mudah untuk diikuti.

Dengan perkongsian resepi kek coklat ini mudah-mudahan kita dapat membakar kek coklat kita sendiri. Selain itu, dapat juga kita mengikut citarasa kita semasa menyediakan kek coklat ini.

Resepi kek coklat yang menarik ini telah dikongsikan oleh Raihana Anuar di laman Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Coklat

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan blender:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 2 biji telur
  • 1 sk Esen vanilla

Bahan ayak:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat

Bahan ganache:

  • 1/2 buku butter
  • 3 sudu serbuk koko
  • Susu cair
  • Susu pekat manis

Cara – cara penyediaannya:

Kek:

  1. Masukkan bahan blender ke dalam blender, blender hingga kembang. Kemudian keluarkan dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Ayak semua bahan ayak. Masukkan bahan ayak sikit-sikit dalam bahan yang di blend tadi. Boleh blend atau kacau rata . Gaul sehingga sebati dan tidak berketul.
  3. Sapukan butter di dalam bekas acuan. Kukus 45 minit. Kalau belum cukup masak, boleh tambah masa lagi.
  4. Curah ganache ke atas kek.

Ganache:

  1. Cairkan butter 1/2 buku, masukkan serbuk koko 3 sudu, masukkan susu cair, masukkan susu pekat manis.
  2. Kacau hingga agak pekat. Tunggu suam. Lepas suam ganache akan lebih pekat @ kental.

P/s: Ganache jangan terlalu manis, sedang-sedang sahaja. Semasa tuang ganache ke atas kek, cucuk-cucuk kek menggunakan chopsticks untuk memastikan ganache meresap ke dalam kek.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *