Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Stim Asam Boi (Sihat dan Lazat)

Inginkan sesuatu yang sihat tapi lazat? Disini kami ada cadangan buat anda. Apa kata, anda cuba resepi ikan stim asam boi yang amat sedap ini. Ianya amat mudah untuk disediakan. Selain itu, bahan – bahannya juga tidaklah susah untuk dicari. 

Resepi ini adalah resepi yang telah dikongsikan oleh Siti Zulaikha di laman Facebook milik beliau. Ramai yang menyukai dan kongsikan resepi ini tau. Jom kita lihat!

Resepi Ikan Stim Asam Boi

ikan-stim-asam-boi
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih
  • Cendawan Enoki
  • Daun ketumbar – dihiris kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji limau nipis ambil jusnya
  • Cili padi ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Basuh ikan dengan limau nipis kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan tahan panas @ loyang yang sesuai.
  2. Susun dan tabur bahan hiris ke atas ikan. Satukan dalam mangkuk kecil sos tiram, jus asam limau nipis, gula, garam dan sedikit air. Gaulkan rata. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  3. Aturkan cendawan enoki, lemon Dan asam boi ke atas ikan.
  4. Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  5. Angkat dan tabur daun sup/ketumbar lagi sekali. Hidangkan.

Resepi lain yang boleh dicuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!